Ratusan berhimpun tuntut Anwar dibebaskan

Ratusan berhimpun tuntut Anwar dibebaskan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di Istana Kehakiman hari ini bagi mendengar semakan kehakiman terhadap permohonan beliau agar dibebaskan dari dakwaan kes Liwat 11.

Di luar mahkamah, anak Anwar, Nurul Izzah mengajak orang ramai menandatangani petisyen bagi membebaskan Anwar dari penjara.

Antara penyokong Anwar yang hadir dan menuntut agar Anwar dibebaskan.Di dalam mahkamah pula, pasukan pembelaan Anwar berhujjah untuk membebaskan beliau dari hukuman itu.

Ia termasuklah mempertikaikan hakim yang ada pada hari ini namun ditolak.

Panel yang akan mendengar semakan terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Sabah Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Tiga hakim lain adalah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Ketua Bahagian Perbicaraan Jabatan Peguam Negara Ahmad Kamal Md Shahid bersama-sama dengan Awang Armadaya Awang Mahmud (timbalan ketua bahagian rayuan), Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Wan Shaharuddin Wan Laden.

Pasukan pembelaan Anwar diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram. Turut sama dalam pasukan itu adalah Sangeet Kaur, N Surendran, Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya, Melissa Sasidaran dan Shahid Adli Kamaruddin.

Anwar sentiasa menegaskan bahawa pertuduhan liwat adalah satu konspirasi politik terhadapnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan Liwat 11 pada 9 Januari 2012.

Bebaskan Anwar bergema di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.Bagaimanapun, tiga hakim Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan mensabitkan beliau bersalah pada 7 Mac 2013, sebelum Anwar bertanding kerusi DUN Kajang untuk membolehkannya menjadi menteri besar Selangor.

Mahkamah Rayuan memutuskan dengan serta merta selepas hujahan daripada peguam pada malam penamaan calon Anwar di kerusi berkenaan.

Anwar berkata penghakiman tergesa-gesa oleh Mahkamah Rayuan adalah untuk menghalangnya daripada bertanding pilihan raya kecil itu.

Keputusan kontroversi Mahkamah Rayuan dikekalkan oleh Hakim Arifin pada 10 Februari 2015.

Malam tadi, keluarga Anwar mengadakan solat hajat di rumah keluarganya di Bukit Segambut. Turut hadir isteri beliau yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

TAGS