Ridhuan Tee dihalang masuk Singapura

Ridhuan Tee dihalang masuk Singapura

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, bekas kolumnis Sinar Harian yang banyak memainkan isu perkauman yang kononnya pertembungan Cina – Melayu begitu kritikal, baru-baru ini dihalang memasuki negara Singapura.

“Baru-baru ini, saya bersama rakan, pergi ke Singapura menggunakan jalan darat atas urusan peribadi.

“Sampai di Imigresen Woodland, saya diminta turun.

“Pemeriksaan dilakukan. Saya dilayan seperti pengganas.

“Gambar dan cap jari saya diambil. Setelah lebih dua jam bersoal jawab, datang surat mengatakan, saya tidak dibenarkan masuk ke sana,” tulis beliau dalam satu artikel.

Dalam tulisan itu beliau mengecam “Ultra kiasu” yang dikatakan berkiblat kepada pentadbiran Singapura yang disifatkan beliau anti Melayu.

“Kepimpinan tertinggi mereka adalah muka-muka yang mahu menjahanamkan Melayu.

“Lihatlah bapa mereka di Singapura, adakah Melayu diberi peluang dalam jawatan membuat keputusan, polis, imigresen dan tentera, misalnya.

“Jawapannya, putih mata,” katanya

Walaupun alasan tidak diberikan tetapi beliau yakin ia amat berkaitan dengan komennya terhadap ultra kiasu selama ini.

“Lihatlah pakatan mereka. Saya pun di escort sampai melepasi Tambak. Saya tidak rugi satu sen pun tidak ke Singapura. Cuma, saya hanya mahu mengingatkan betapa bahayanya ultra kiasu,” katanya merujuk kepada orang Cina di Malaysia.

Dalam tulisan itu beliau menyeru Pas dan Umno bergabung untuk mengelak kuasa politik negara ini terlepas dari pegangan orang Melayu.

Berikut adalah artikel penuh beliau:

Kenali musuh Islam sebenar

Ridhuan Tee Abdullah

PAS bukan sahaja patut mempertahankan kerusinya, malah menambah lagi kerusi sedia ada dalam PRU14. Menang kalah, belakang cerita. Semua maklum bahawa, sebelum wujudnya pakatan pembangkang, Pas sudah bertapak di kesemua kerusi majoriti Melayu, berhadapan dengan komponen BN (Umno). Pas tidak perlu melayan parti nyamuk, seperti PAN.

Sejak tertubuhnya PKR, banyak kerusi Pas terpaksa dikorbankan, termasuk kawasan kubu kuat Pas, terutama Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Logiknya, tidak satu pun kawasan yang patut diberikan, tetapi atas dasar setiakawan, Pas berkorban.

Kini, Pas diminta berkorban lagi walaupun tidak berada dalam Pakatan, untuk memberi laluan kepada PAN, bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru.

Sepatutnya PKR dan ultra kiasu memberi laluan kepada PAN kerana sekapal. Persoalan, di manakah PAN akan bertanding, jika bukan di kawasan Pas? Jika ini berlaku, ultra kiasu tidak akan mengundi Pas dan memberikannya kepada PAN. Sebab itu, PAN amat yakin bahawa mereka boleh menang.

Ultra kiasu dari awal lagi sudah mengumumkan akan meletakkan calon di 8 Dun Selangor yang dimenangi oleh Pas. Pas membidas dan mengisytiharkan ‘perang’ akan mempertahankan kesemua kerusinya. Perisytiharan ‘perang’ dijawab dengan bongkaknya oleh ultra kiasu.

Mereka amat yakin akan menang 8 kawasan Pas dengan meletakkan calon Melayu celup, dalam rangka strategi untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Sebab itu ultra kiasu sudah bersedia awal dengan melantik calon Melayu celup sebagai calon Ahli Majlis Ampang Jaya walaupun tidak tinggal di Ampang.

Psywar dan psyop ini amat licik. Saya amat mengharapkan, jika berlaku pertandingan sebegini, Umno akan mengundurkan diri dan pakat-pakat membenamkan ultra kiasu, bagi Pas mempertahankan kerusi lamanya.

Itu sahaja cara untuk menunjukkan keikhlasan Umno yang menghulur tangan ke arah kerajaan perpaduan. Umno dan Pas perlu sedar bahawa ultra kiasu adalah musuh yang paling bahaya hari ini.

Ingatan ini turut ditujukan kepada Melayu PKR. PKR boleh dikatakan ‘kuat’ hari ini disebabkan Pas memberikan laluan dan mengundi PKR. Jika tidak, PKR putih mata. Justeru, jangan berlagak. Mungkin PKR akan berkata, Pas menang banyak kerusi disebabkan oleh PKR mengundi Pas.

Jawapannya, PKR tidak ada pilihan melainkan mengundi Pas kerana Umno sudah menjadi seteru mereka selepas Anwar Ibrahim ditendang keluar. Lagipun, Pas sudah terlibat dalam politik, sejak sistem pilihan raya diperkenalkan. Bukan seperti PAN. Baru setahun jagung, begitu berani meminta itu dan ini.

Saya tidak nampak Majlis Perjanjian Pakatan Harapan 2015 dan Deklarasi Rakyat menguntungkan Islam, melainkan ultra kiasu. Sampai bila kita harus diperbodohkan oleh ultra kiasu demi kuasa? Ultra kiasu akan terus memperalatkan orang Islam untuk menguburkan Pas.

Maka alasan kebobrokan Umno BN dan Pas digunakan bagi tujuan mendapat kuasa. Apabila kuasa diperoleh nanti, lihatlah apa yang akan berlaku, seperti realiti di Pulau Pinang. Melayu ke mana, Islam di mana? Wakil rakyat PKR sudah ditendang keluar daripada memegang jawatan dalam syarikat kerajaan di sana.

Justeru, saya harap Melayu PKR bertindak rasional dalam hal ini. Pas berhak mempertahankan kerusi yang mereka menangi memandangkan itu hak mereka. Sekadar peringatan untuk Umno, tidak mustahil Pas menambah kerusi dalam PRU14 jika Umno masih tidak berubah.

Perkasa sudah mengingatkan orang Melayu agar berwaspada dengan percubaan ultra kiasu bagi mengambil hati orang Melayu menjelang PRU14. Walaupun ultra kiasu sering berkata partinya berbilang kaum, berasaskan perlembagaan, tetapi berapa kerat muka Melayu.

Kepimpinan tertinggi mereka adalah muka-muka yang mahu menjahanamkan Melayu. Lihatlah bapa mereka di Singapura, adakah Melayu diberi peluang dalam jawatan membuat keputusan, polis, imigresen dan tentera, misalnya. Jawapannya, putih mata.

Baru-baru ini, saya bersama rakan, pergi ke Singapura menggunakan jalan darat atas urusan peribadi. Sampai di Imigresen Woodland, saya diminta turun. Pemeriksaan dilakukan. Saya dilayan seperti pengganas. Gambar dan cap jari saya diambil. Setelah lebih dua jam bersoal jawab, datang surat mengatakan, saya tidak dibenarkan masuk ke sana.

Alasan tidak diberikan. Tetapi saya yakin ia amat berkaitan dengan komen saya terhadap ultra kiasu selama ini. Lihatlah pakatan mereka. Saya pun di escort sampai melepasi Tambak. Saya tidak rugi satu sen pun tidak ke Singapura. Cuma, saya hanya mahu mengingatkan betapa bahayanya ultra kiasu.

Wahai umatku, inilah perjuangan. Sedikit sangat, jika dibanding dengan apa yang dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW. Kenalilah ultra kiasu sebenarnya. Mereka tidak akan puas selagi negara ini tidak berada dalam genggaman. Jangan disokong, termasuk majlis peguamnya, kerana mereka musuh Islam yang nyata.

* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA

TAGS