Ringgit tenat: BNM hanya bagi ‘panadol’, kata Mahfuz

Ringgit tenat: BNM hanya bagi ‘panadol’, kata Mahfuz

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Mahfuz Omar Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu tampil berterus terang kepada rakyat untuk menyelamatkan negara daripada permasalahan ringgit,kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, yang terbaik untuk memulihkan Ringgit ialah mengambil tindakan undang-undang kepada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pemimpin negara Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Sesuatu yang sangat memalukan dan menambahkan lagi krisis pada Ringgit ialah apabila pihak berkuasa negara luar mengambil tindakan terhadap induvidu-individu yang berkait dengan 1MDB sedangkan pihak berkuasa Malaysia seolah merelakan individu tersebut bebas bermaharajalela.

“Seperti satu peribahasa Melayu yang menyebut “Sungguh kawat yang dibentuk,ikan ditebat yang diadang” yang bermaksud tipu muslihat yang tersembunyi demi mencari keuntungan diri sendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Mahfuz berkata, Bank Negara sepatutnya faham masalah utama yang dihadapi Ringgit.

” Apa penyakit sebenar yang dihadapi oleh Ringgit?Langkah yang diumumkan oleh Bank Negara sebelum ini tidak menjamin pengukuhan Ringgit dalam jangka panjang.

“Ibarat orang yang sakit kepala kritikal hanya diberi panadol untuk menghilangkan sakit kepala untuk tempoh sementara.Selepas itu kepala kembali sakit.

“Bank Negara perlu sedar wabak yang menyerang Ringgit ialah salah guna kuasa Najib dan 1MDB.

“Ini yang menyebabkan permintaan pada Ringgit lemah kerana dunia dan pasaran antarabangsa hilang kepercayaan kepada urus tadbir kerajaan Malaysia yang dikendali oleh pemimpin klaptokrat (pencuritokrat),” ujarnya.

Beliau berkata Ringgit terus tenat walaupun Najib melawat negara China dan bawa pulang pelaburan dari negara China ke Malaysia sebanyak RM144 bilion_

“Najib dan Menteri-menteri UmnoBn yang ‘cerdik pandai’ sering mendakwa serta mendabik dada mengatakan lawatan ke China adalah lawatan paling berjaya.

“Tapi yang menghairankan Ringgit terus jatuh menjunam selepas mereka pulang dari lawatan ke China.

Hari ini rakyat ditambah dengan satu lagi krisis dimana Malaysia sedang berhadapan dengan krisis keyakinan terhadap kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan PM Najib (MO1).

“Krisis keyakinan terhadap kerajaan hari ini berpunca dari Najib dan kuncu-kuncu kleptokrat yang dilihat dan dibaca sedang dan telah memporak perandakan ekonomi negara,maka inilah persepsi orang ramai pada ketika ini,” ujarnya.

 

TAGS