“RM286 juta jet peribadi PM lebih utama dari RM240 juta biasiswa?” soal Nurul Izzah

“RM286 juta jet peribadi PM lebih utama dari RM240 juta biasiswa?” soal Nurul Izzah

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Azalina Othman Said bahawa kerajaan mampu menjimatkan RM240 juta dengan memotong pemberian biasiswa JPA untuk pengajian luar negara diselar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Azalina Othman Said bahawa kerajaan mampu menjimatkan RM240 juta dengan memotong pemberian biasiswa JPA untuk pengajian luar negara diselar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat semalam, Nurul Izzah hairan mengapakah kerajaan sanggup berjimat dengan memotong peruntukan biasiswa bagi para pelajar pintar tetapi masih berbelanja mewah untuk jet peribadi Perdana Menteri.

“Sedangkan pada masa yang sama RM29 juta digunakan oleh Perdana Menteri untuk membeli 100 unit kereta elektrik Tesla Model S di Amerika. Pembelian jet peribadi oleh Perdana Menteri pula pada 2015 dianggarkan berharga lebih USD70 juta atau RM286 juta, berbanding RM240 juta untuk biasiswa JPA,” ujar Naib Presiden PKR itu.

Menurut Nurul Izzah, pemotongan dana biasiswa memberi kesan yang besar kepada pelajar lantas beliau menggesa agar pengkomersilan pendidikan dihentikan kerana ia merupakan pelaburan untuk masa depan negara.

Dalam ucapannya juga, Nurul Izzah menyentuh tentang peratus pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti yang disifatkannya masih rendah.

“Menteri Pendidikan bangga dengan kadar 95 peratus anak-anak Malaysia yang tamat pendidikan rendah, namun jumlah ini menurun 75 hingga 80 peratus bila sampai ke pendidikan menengah dan akhirnya hanya 25 hingga 30 peratus yang sampai ke menara gading universiti,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau kesal dengan sikap Menteri Pendidikan Tinggi yang sibuk bercakap perihal masalah ekonomi dan hasil minyak yang terbantut sehingga menghentikan 90 peratus subsidi kepada IPT Awam.

Nurul Izzah menambah, Malaysia hanya membelanjakan 4.1 peratus daripada KDNK untuk pendidikan sedangkan negara-negara maju seperti Denmark (7.8%) dan Norway (6.8%) manakala Cuba (13.65) dan Timor Leste (16.8%).

“Adakah kementerian sedar di tengah-tengah kota bandar, ada anak-anak sekolah kebangsaan kita yang masih tidak fasih membaca dan menulis walaupun sudah berumur 12 tahun?

“Ada yang datang daripada keluarga susah sehingga hanya sempat menjamah makanan sekali sehari, atau mengharungi kehidupan bersama ibu atau ayah yang terlalu sibuk mencari nafkah sehingga tiada pilihan selain ponteng dan bekerja di pasar tani?” ujarnya.

Nurul Izzah turut menarik perhatian dewan terhadap projek kelolaan Akademi Sukarelawan Akademi I Sina yang dipengerusikan Rahmahlizah Ali di Lembah Pantai.

Program sukarelwan ini, ujarnya telah berjaya menjejak hampir 300 pelajar berumur 7 tahun hingga 14 tahun yang masih mempunyai masalah untuk membaca dan menulis.

“Hanya dalam masa 20 hari dengan dua sesi pembelajaran, hampir 90 peratus anak-anak ini telah berjaya membaca. Anak-anak ini datang dari PPR Sri Pantai, PPR Kg Limau, dan PPR Sri Cempaka.

Beliau menyarankan agar sekolah berasrama rendah diwujudkan bagi membantu anak-anak yang terpinggir dai seluruh negara bagi diberikan kursus intensif selama tiga bulan.

Langkah ini, ujar beliau boleh membantu mereka mendapat peluang menjana masa depan yang lebih cerah dan baik.

TAGS