Rohingya: Hebatkan tekanan diplomatik sedarkan Myanmar mengenai hak asasi

Rohingya: Hebatkan tekanan diplomatik sedarkan Myanmar mengenai hak asasi

Pemimpin negara serantau perlu perhebatkan tekanan diplomatik bagi menyedarkan negara itu tentang hak asasi manusia dalam memperjuangkan nasih etnik Rohinya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates Foundation (GMMF) Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Nasharuddin Mat IsaPemimpin negara serantau perlu perhebatkan tekanan diplomatik bagi menyedarkan negara itu tentang hak asasi manusia dalam memperjuangkan nasih etnik Rohinya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates Foundation (GMMF) Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

Beliau berkata tekanan melalui suara rakyat seperti perhimpunan dan kenyataan secara konsisten oleh pemimpin dan badan bukan kerajaan juga diperlukan untuk mengingatkan Myanmar supaya menghormati prinsip perjanjian kebebasan dan hak asasi manusia.

“Myanmar perlu diingatkan dengan asas (hak asasi) ini,” katanya sambil menjelaskan ia terkandung dalam Deklarasi Langkawi dan Piagam Bersama ASEAN dengan perjanjian berkenaan turut melibatkan Myanmar.

Nasharudin berkata demikian ketika menjadi panel Forum Islam dan Keamanan Global anjuran GMMF di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Setiausaha Agung Majlis Ulama Indonesia Dr Robi Nurhadi, yang ditemui pemberita selepas menjadi panel forum berkenaan, pula berkata, majlis ulama itu berharap pemimpin serantau dapat melihat pembelaan terhadap mangsa penindasan Rohingya sebagai isu kemanusiaan dan bukannya isu antara agama.

Beliau berkata saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) supaya Indonesia turut mengadakan perhimpunan bagi memperjuang nasib etnik Rohingya, adalah sangat baik atas landasan menunjukkan kepedulian terhadap mangsa penindasan.

“Islam adalah agama yang peduli terhadap kemanusiaan.

“Apa lagi kalau ajakan untuk berjamaah dalam usaha mendesak Myanmar menghentikan proses pembersihan etnik itu datangnya dari pemimpin negara jiran kita,” katanya.

Bagi menzahirkan sokongan kepada Rohingya, Robi berkata Majlis Ulama Indonesia telah mengadakan satu program yang menghimpunkan wakil daripada persatuan dan organisasi Islam seperti dari Kesatuan Eropah, Timur Tengah dan Asia bagi membincangkan isu kekejaman terhadap etnik itu.

Majlis itu, yang berlangsung di Jakarta pada 29 Nov hingga 1 Dis, telah menghasilkan Prakarsa Jakarta yang mendesak dunia memberi respon segera kepada penindasan etnik Rohingya, katanya.

TAGS