Rohingya: MP tuntut sidang khas Parlimen bincang masalah, penyelesaian

Rohingya: MP tuntut sidang khas Parlimen bincang masalah, penyelesaian

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menuntut agar Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengadakan satu Sidang Khas Parlimen untuk membahaskan isu kekejaman ke atas muslim Rohingya di Dewan Rakyat.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Raja Kamarul Bahrin ShahAhli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menuntut agar Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengadakan satu Sidang Khas Parlimen untuk membahaskan isu kekejaman ke atas muslim Rohingya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata sewajarnya isu ini dibincangkan di ruang yang lebih baik iaitu di Parlimen tetapi Umno dan Pas tidak memanfaatkannya sebaliknya lebih memilih pendekatan ‘himpunan rakyat’.

“Pada 24 November baru baru ini satu Usul berhubung isu kekejaman ke atas Rakyat Rohingya telah dibawa oleh pihak pembangkang untuk dibahaskan di Parlimen.

Beberapa wakil Pembangkang dari Amanah, PKR dan DAP telah mendesak untuk Speaker Dewan Parlimen membenarkan isu ini di bahaskan tetapi telah ditolak oleh Speaker.

Tiada ahli Parlimen Umno-BN atau Pas bersuara menyokong usul tersebut dibenarkan untuk dibahas.

Alasan Speaker menolak ialah kerana tidak mahu campur tangan ehwal Negara lain.

Anehnya lebih kurang seminggu selepas itu Umno-BN bersama Pas menyertai Himpunan Solidariti dengan Rakyat Rohingya di Stadium Titiwangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Semalam Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah hadir dalam himpunan solidariti Ummah untuk Rohingya yang dihadiri 30,000 orang di Stadium Tertutup Taman Tasik Titiwangsa.

Raja Bahrin yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah berkata, isu-isu yang dibahaskan pemimpin tersebut adalah kekejaman atas muslim Rohingya.

Ujarnya lagi, ini bermakna isu isu yang sepatutnya di bahas secara serius di Parlimen telah dibawa lari kesebuah Stadium untuk di bahas oleh Umno dan Pas sahaja.

“Dengan itu ramai melihat ini sebagai usaha mengambil kesempatan dari penderitaan kaum Rohingya demi kepentingan politik dua parti politik terbabit, bukan sebagai mencari penyelesaian terhadap tragedi tersebut.

“Sebahagian besar 222 Ahli Parlimen yang dipilih rakyat telah dinafikan hak mereka untuk menyuarakan pandangan rakyat diwakili mereka dan menetapkan timdakan kerajaan untuk membela kaum Rohingya yang dizalimi! Demokrasi apakah ini?

“Sudah jelas alasan yang diberi oleh Speaker untuk menolak Usul asal kami tidak boleh diterima lagi dengan pengumuman Perdana Menteri di Stadium Titiwangsa tentang isu Rohingya.

“Kami ahli Parlimen Pembangkang terutamanya, tidak redha isu sepenting ini di ‘hijack’ oleh parti parti politik tertentu sahaja untuk kepentingan politik murahan mereka dan menafikan Parlimen Malaysia membuat ketetapan yang rasmi untuk negara dan rakyat Malaysia.

“Hak Rakyat melalui wakil rakyat Parlimen yang mereka pilih tidak boleh dinafikan,’ ujarnya.

TAGS