Rohingya: Usir duta Myanmar dari Malaysia

Rohingya: Usir duta Myanmar dari Malaysia

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pemuda Amanah Nasional mendakwa kerajaan ingin menunjuk hero dan melepaskan tanggungjawab sebenar sebagai kerajaan dalam isu Rohingya dengan menganjurkan himpunan sambil dibantu kelompok yang pro mereka.

Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan berkata, kerajaan perlu melaksanakan tindakan yang lebih besar dalam memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya, bukan sekadar berhimpun semata-mata.

“Kami kecewa kerana kerajaan gagal memanfaatkan persidangan parlimen baru-baru ini untuk menyatakan sikap terhadap isu ini.

“Bahkan, lebih menyedihkan usul untuk membahaskan isu pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah ditolak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan wajar memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar dan mengusir duta mereka dari Malaysia bagi memberi isyarat besar kepada kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan Asean gagal menjalankan peranan mereka, sebaliknya masing-masing lepas tangan dan hanya memikirkan kepentingan sendiri.

“Pemuda Amanah Nasional menggesa Kerajaan Malaysia mengeluarkan pendirian secara rasmi dan tegas dalam isu ini sebagai tekanan terhadap Kerajaan Myanmar,” katanya.

TAGS