Ron95 turun 15sen, Ron97 turun 10sen bermula tengah malam ini

Ron95 turun 15sen, Ron97 turun 10sen bermula tengah malam ini

Berkuatkuasa 1 Mac esok, harga runcit petrol turun 0.10 sen seliter bagi RON97 dan RM0.15 seliter bagi RON95 bermula 12 tengah malam ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Berkuatkuasa 1 Mac esok, harga runcit petrol turun 0.10 sen seliter bagi RON97 dan RM0.15 seliter bagi RON95 bermula 12 tengah malam ini.

Bagaimanapun, harga runcit diesel bagi Euro2 dan Euro5 masing-masing kekal pada kadar RM1.35 seliter dan RM1.45 seliter.

Penurunan dipercayai susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia, yang berterusan sejak Januari tahun ini.

Kadar RON95 dan RON97 pada Januari berada pada paras RM1.85 seliter dan RM2.25 seliter, manakala pada Februari RM1.75 seliter (RON95) dan RM2.05 (RON97).
Kadar Euro2 pada Januari berada pada paras RM1.65 seliter, diikuti RM1.35 seliter pada bulan Februari.

TAGS