Rumah ulamak Pas terbakar

Rumah ulamak Pas terbakar

Rumah Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Mokhtar Senik di Kuantan, Pahang terbakar petang ini.

Bagaimanapun, api hanya menyambar di bahagian bilik tengah dengan memusnahkan keseluruhan ruang itu.

Ketua Dewan Ulama Pas Pahang berkenaan memberitahu insiden kebakaran itu dalam status Facebook miliknya atas nama ‘Mokhtar Dup’ kira-kira 4.30 petang tadi.

“Mohon sahabat doakan keselamatan kami. Rumah ana (saya) baru sahaja terbakar.

“Habis satu bilik tengah dengan segala isinya. Alhamdulillah ada anak kat rumah (Hujjatul Islam) sempat padamkan,” kata pemilik Pusat Pendidikan Islam an-Nuur di Pantai Sepat, Kuantan itu.

Untuk rekod, asrama penginapan di pusat pendidikan yang dikenali sebagai Pondok An-Nuur itu juga pernah terbakar pada 16 Januari lalu sehingga menyebabkan 113 pelajarnya hilang tempat tinggal.

Sehubungan itu, Mokhtar yang istiqamah menulis ‘UMS’ dipercayai singkatan bagi ‘Ustaz Mokhtar Senik’ dalam setiap kali status Facebooknya turut memberitahu tidak dapat hadir majlis yang dijadualkan malam ini.

“Kepada sahabat yang sepatutnya saya berprogram malam ini dan Subuh esok, mohon maaf kerana saya terpaksa balik semula ke Kuantan atas urusan berkaitan,” tulisnya lagi dengan diakhiri catatan ‘Gombak Selangor’ diikuti tarikh hari ini.

CATEGORIES