RUU 355 wajar had hukuman, Persekutuan-Negeri perlu sokong pelaksanaan

RUU 355 wajar had hukuman, Persekutuan-Negeri perlu sokong pelaksanaan

Pelaksanaan had hukuman terhadap Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah, Bidangkuasa Jenayah 1965(Akta 355) adalah wajar bagi menyeragamkan hukuman dan menghadkan kuasa hakim, kata Peguam Syariah Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Mohd Zaidi Mohd ZainPelaksanaan had hukuman terhadap Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah, Bidangkuasa Jenayah 1965(Akta 355) adalah wajar bagi menyeragamkan hukuman dan menghadkan kuasa hakim, kata Peguam Syariah Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Beliau berkata mana-mana pengubalan rang undang-undang sama ada sivil atau syarie perlu limitasi terhadap hukuman yang akan dijatuhkan ke atas pesalah.

“Sudah pasti ia tidak boleh dinyatakan secara umum tanpa dinyatakan had dalam setiap hukuman yang akan dilaksanakan.

“Ini dibimbangi jika ia dilaksanakan kelak tidak akan selaras dan hukuman itu dilaksanakan tanpa had boleh dibuat oleh hakim syarie.

“Dengan menetapkan maksimanya penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan sebatan 100kali hukuman lebih terhad.

“Hukuman juga boleh dilaksanakan mengikut had atau kurang daripada had yang ditetapkan itu bergantung kepada budi bicara hakim,”ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau menjelaskan berkaitan dakwaan bahawa Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengusulkan untuk membenarkan mahkamah syariah mengenakan apa-apa hukuman melainkan hukuman mati terhadap kesalahan syariah.

Bagaimanapun dalam sidang dewan baru-baru ini Hadi telah mencadangkan untuk menghadkan hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah iaitu: Penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan sebatan 100 kali.

Mohd Zaidi juga berkata, cabaran umat Islam negara ini sama ada untuk mengikut had baru ditetapkan kelak atau menolaknya walaupun Akta 355 itu sudah dipinda kerajaan Persekutuan.

“Pindaan baru itu sekiranya diluluskan di peringkat Persekutuan akan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri (Dun) sama ada kerajaan negeri nak ikut had ditetapkan seketat-ketatnya atau menolaknya,” ujar bekas timbalan ketua Umno Bahagian Serdang ini.

Bagaimanapun kata beliau lagi, jika umat Islam mahu memartabatkan mahkamah syariah dengan usul RUU 355 itu sebagai permulaan pelaksanaan undang-undang syariah maka wajar disokong oleh semua kerajaan negeri.

“Jika kita nak membicarakan persoalan hudud secara total terlalu jauh kerana perlukan pindaan kepada kanun keseksaan yang mana kita sekarang ini tiada parti yang mahu mengemukakannya secara total.

“Maknanya jika kita bercakap mahu memartabatkan mahkamah syariah setanding sivi,l RUU 355 ini satu cabang untuk memartabatkan mahkamah syariah dengan memberikan kuasa lebih besar kepada mahkamah syariah untuk jatuhkan hukuman bagi kesalahan yang termaktub dalam enekmen kesalahan syariahsedia ada.

“Misalnya dalam kes sumbang mahram hukuman hanya terhad 3 tahun penjara tetapi sivil 10 tahun penjara, dalam RUU355 dicadangkan 30 tahun penjara. Jika negeri naikkan antara 10 atau 20 tahun penjara bagi sumbang mahram rasanya sudah gerun bagi pesalah.

“Begitu juga dengan penzina.Jika 100 sebatan boleh dilaksanakan ini bermakna seolah-olah salah satu hukuman hudud itu sudah dilaksanakan bagi penzina berbanding 6 sebatan pada undang-undang lama,” terangnya.

Sebagai rekod pada 24 November lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Dewan Rakyat menangguhkan usul RUU 355 ke sidang seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2017.

Hadi dipetik berkata, penangguhan itu memohon untuk menambah hukuman dalam Seksyen 2 akta sedia ada yang juga dikenali sebagai RUU 355.

Ketika ini, akta itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak kurang RM5,000 atau tidak lebih 6 sebatan kepada pesalah.

Hadi memohon untuk menggantikan hukuman itu dengan penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan.

Dalam perkembangan terkini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno, pada Khamis, memberi jaminan kerajaan persekutuan mengambil perhatan terhadap usul RUU 355.

Beliau berkata demikian merujuk keada pertemuan pemimpin Umno dan Pas pada 24 November di Parlimen untuk berunding mengenai RUU 355.

“Saya pinta, janganlah sesiapa mempolitikkan isu ini kerana ia adalah satu usul persendirian yang kemudiannya akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kepada yang bukan beragama Islam, usahlah bimbang, kerana tidak akan tertakluk di bawahnya dan kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur penghukuman dualisme dalam negara,” ujarnya seperti dipetik.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menangguhkan usul RUU355 ke sidang dewan tahun hadapan untuk memohon menambah hukuman dalam Seksyen 2 akta sedia ada.

TAGS