RUU MKN perlu diperhalusi, titah Majlis Raja-raja Melayu

RUU MKN perlu diperhalusi, titah Majlis Raja-raja Melayu

 

 

 

 

 

 

Majlis Raja-raja menzahirkan  beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu diperhalusi selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyembahkan taklimat mengenai rang undang-undang itu pada Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-240 di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Seri Syed Danial Syed AhmadMajlis Raja-raja menzahirkan  beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu diperhalusi selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyembahkan taklimat mengenai rang undang-undang itu pada Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-240 di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

“Bagi maksud tersebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-raja Yang ke-240 akan mewasalkan warkah kepada YAB perdana menteri,” kata Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Rang Undang-undang MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu dan kemudiannya diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember.

Mesyuarat Majlis Raja-raja hari ini dihadiri semua Raja-raja kecuali Sultan Pahang yang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, selaku pemangku Raja Pahang.

Perkara mengenai agama Islam, pelantikan pengerusi, naib pengerusi dan ahli dilantik Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, pelantikan ahli dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, pelantikan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan pelantikan hakim mahkamah atasan turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.

TAGS