RUU355: Pas dakwa musuh cemburu

RUU355: Pas dakwa musuh cemburu

Politik Pas bukan sahaja mahu menjatuhkan Umno BN tetapi memberi penyelesaian kepada semua permasalahan menurut cara Islam, kata Ketua Penerangan Pas Terengganu Mohd Nor Hamzah.

Beliau berkata, amalan politik damai dan diplomasi Pas untuk Islam, membolehkan Pas berunding dengan sesiapa sahaja termasuk kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha untuk melaksanakan Islam di Malaysia.

“Prinsip Islam itu mesti menjadi tunjang. Prinsip ini tidak berubah. Politik Pas bukan sahaja untuk melawan Umno tetapi Pas mengajak manusia kepada Islam supaya mengikuti segala suruhan Allah.

“Politik damai dan diplomasi serta perundingan Pas sehingga membuka pemikiran masyarakat, kita berunding dengan kerajaan BN membolehkan RUU355 dibentangkan di parlimen oleh Presiden Pas baru-baru ini,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Beliau juga mendakwa usaha Pas dan Umno membawa usul RUU355 dicemburui oleh musuh-musuh Pas sehingga mereka ‘melencongkan’ pemikiran orang ramai dengan fitnah yang mengatakan bahawa Pas mahu bergabung dengan Umno.

“Tetapi dipusing kerana cemburu, sehingga membentuk persepsi yang ditanam bahawa PAS mahu bergabung dengan BN telah menjadi musuh Pas sekian lama,” kata beliau yang juga Adun Bukit Payong.

Justeru, beliau berkata Pas tidak menggunakan kaedah fitnah tetapi membawa sesuatu dengah hujah untuk menonjolkan dirinya.

TAGS