Safwan Anang bebas daripada pertuduhan Akta Hasutan

Safwan Anang bebas daripada pertuduhan Akta Hasutan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi ini membebaskan aktivis Safwan Anang daripada pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.

Keputusan hakim berhubung rayuan kes hasutan bekas pemimpin mahasiswa itu menyebelahinya apabila beliau dibebaskan tanpa sebarang hukuman.

Sehubungan itu, denda RM5,000 dan rayuan balas kerajaan yang dikenakan ke atas Pengarah Eksekutif Lensa berkenaan dibuang.

Hakim Datuk Prasad Sandosham Abraham ketika menyampaikan penghakiman berkata kenyataan itu tidak mempunyai kecenderungan menghasut.

“Selepas meneliti sendiri kenyataan itu, kami berpuas hati ia tidak mengandungi kecenderungan hasutan.

“Maka, pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap perayu (Safwan) di Mahkamah Sesyen dan oleh itu patut dibebaskan,” katanya.

Safwan sebelum ini merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember tahun lalu yang mengekalkan pensabitan di bawah Akta Hasutan ekoran ucapannya seminggu selepas pilihan raya umum pada 2013.

Kerajaan pula mahu Mahkamah Rayuan mengembalikan hukuman penjara 10 bulan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen pada 2014.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen ketika itu membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara ke atas Safwan sementara proses rayuan ke Mahkamah Tinggi.

TAGS