Saifudin dilantik Penasihat Strategik kerajaan Pulau Pinang

Saifudin dilantik Penasihat Strategik kerajaan Pulau Pinang

Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR telah dilantik secara rasminya sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang.

Majlis angkat sumpah diadakan semalam di depan Ketua Menteri Lim Guan Eng, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus, barisan Exco-exco Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri, Datuk Anas Ahmad Zakie dan Pegawai Kewangan Negeri, Sarul Bahiyah Abu.

Pelantikan beliau telah mendapat kelulusan Biro Politik PKR Pusat, bagi mengukuhkan Pakatan Harapan P.Pinang.

Pejabat beliau terletak di aras 28 Komtar, separas pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng. 

TAGS