Salahuddin cadang JK khas pantau bakal calon PRU14

Salahuddin cadang JK khas pantau bakal calon PRU14

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin mencadangkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memantau integriti calon-calon parti itu yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, jawatankuasa itu bagi memastikan AMANAH menyediakan calon-calon terbaik bagi menjaga nama baik pemimpin dan calon yang akan dipertaruhkan.

“Mereka yang ada amalan berhutang dan tak mahu bayar hutang, juga akan diteliti oleh jawatankuasa ini. Mungkin tidak salah dari sudut mahkamah tapi salah dari sudut moral.

“Jawatankuasa ini mungkin terdiri daripada tokoh yang berpengalaman dalam perundangan dan hal-hal sebegini,” katanya ketika merasmikan Konvensyen AMANAH Johor di IOI Palm Villa, Kulai, hari ini.

Beliau berkata, sebagai parti yang ditubuhkan berasaskan perjuangan Islam, pemimpin-pemimpin AMANAH mesti menjaga integriti sebaik mungkin.

“Pemimpin-pemimpin AMANAH bukan bertaraf malaikat Jibril AS. Oleh kerana kita manusia biasa Amanah mengharapkan kekuatan nama AMANAH pada parti ini mesti dijaga sebaik mungkin.

{loadposition myposition}

“Pemimpin-pemimpin utama mesti mengamalkan integriti dalam menjalankan keamanahan parti kita,” katanya yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Salahuddin dalam ucapannya turut mengingatkan AMANAH sebagai parti yang bermula kecil dan sedang berkembang harus belajar daripada orang Melayu Singapura yang bangkit mencipta kejayaan.

Beliau memberi contoh bekas Speaker Singapura Halimah Yacob yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Presiden (EP).

“Walaupun ada orang kata ini bukan perkara baru kerana sebelum ini sudah ada Yusof Ishak.

“Tetapi Halimah tidak harus dilihat sebagai perempuan Melayu Islam sahaja tapi bagaimana beliau mendapatkan tempat di Singapura melalui proses yang panjang.

“Mungkin ada media dan bilik gerakan Umno yang memutar belit kenyataan saya tapi saya harus nyatakan pandangan saya tentang bagaimana suatu kelomopok yang kecil boleh berjaya,” katanya.

CATEGORIES
TAGS