Salahuddin yakin PPBM kukuhkan impian rakyat jadikan Najib PM terakhir BN

Salahuddin yakin PPBM kukuhkan impian rakyat jadikan Najib PM terakhir BN

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah Negara (Amanah) mengulangi sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan akan bekerjasama dengan parti itu bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14.

Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selain PKR dan DAP, PPBM juga merupakan parti yang penting untuk menyelamatkan Malaysia walaupun umurnya baru beberapa hari.

“Parti PPBM umurnya belum setahun tapi kita merasakan parti ini penting untuk negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin di pidato sambutan setahun Amanah di Y Square Connexion, Muar Bypass, Sungai Abong malam tadi. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.“Tua ataupun muda yang penting kita sinergikan kekuatan kita,” kata beliau dalam pidato sambutan setahun Amanah di Y Square Connexion, Muar Bypass, Sungai Abong malam tadi.

Pidato tersebut merupakan pembukaan kepada program sambutan setahun Amanah yang akan berlangsung sepanjang hari ini.

Turut bersama dalam pidato tersebut ialah presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Salahuddin juga berkata, beliau yakin semua pemimpin pembangkang dan rakyat bercita-cita untuk menjadikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri terakhir.

“Saya pernah mencadangkan sebaik mana pun perdana menteri jangan lebih dua penggal.

“Saya mencadangkan supaya pentadbiran negara biar cukup lima tahun satu penggal.

“Kita ada perdana menteri yang rompak duit rakyat tapi tak boleh dibuat apa-apa,” katanya.

TAGS