Sambutan hangat program kutip dana suntik semangat Awan Kelantan hadapi PRU

Sambutan hangat program kutip dana suntik semangat Awan Kelantan hadapi PRU

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kelantan melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada pengunjung program kutipan dana pilihan raya Awan yang berlangsung sepanjang hari semalam.

Pengarah program yang juga timbalan ketua Awan negeri Norashidah Jaafar berkata, sokongan yang diberikan oleh ahli dan penyokong Amanah di semua peringkat memberi inspirasi kepada petugas Awan untuk menggerakkan kerja-kerja pilihan raya yang akan tiba.

“Sambutan ini meyakinkan kita bahawa masyarakat negeri ini semakin yakin dengan parti Amanah untuk mengambil alih pentadbiran Kelantan.

“Apa yang mengejutkan bukan sekadar kalangan wanita yang bertali arus mengunjungi malah golongan lelaki turut memberi sokongan,” katanya ketika ditemui selepas majlis di Wisma Tok Guru, Salor semalam.

Selain jamuan laksa, majlis turut menghidangkan kek dan buah-buahan.

Promosi Bersih 5 turut diadakan dalam bentuk jualan baju dan penerangan mengenai acara-acara pra Bersih dan pergerakan 19 November di Kuala Lumpur nanti.

“Pengiraan kutipan akan kita muktamadkan dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 15 November ini.

“Derma akan terus dibuka dan kepada yang masih berhasrat menyumbang bolehlah berhubung terus dengan bendahari Awan negeri, Puan Ramlah Che Musa (0123890104),” katanya.

Beliau berbesar hati kerana tetamu-tetamu memperlihatkan kesungguhan untuk hadir ke majlis berkenaan.

“Walaupun hujan yang sekali sekala bertukar lebat sepanjang hari, namun kita tidak putus-putus menerima tetamu dari awal hingga ke penghujung majlis.

“Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada petugas-petugas dari seluruh negeri yang sedia mengorbankan masa dan tenaga demi kejayaan program kita,” katanya.

TAGS