Sarawak Report fitnah Rosmah hadiri mesyuarat MT Umno, kata Pegawai Khas

 

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Fitnah yang disebarkan Sarawak  Report mengenai kehadiran Datin Seri Rosmah di PAU 2015

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor difitnah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 10 Disember lalu sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015.

Sekeping gambar yang menunjukkan Rosmah seolah-olah sedang mempengerusikan mesyuarat telah dimuat naik oleh Sarawak Report (SR).

Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor menafikan laporan media kontroversi itu dan menjelaskan gambar berkenaan diambil ketika Rosmah menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab UMNO.

“Ramai sahabat forward pada saya berita SR ni.

“Sikit pun saya tak pelik sebab SR memang kerja dia membohong dan memfitnah.Yang saya pelik kalau dia lapor berita benar.

“Selain daripada itu tidak kurang juga sebaran di whatsapp yang kata DSRosmah sedang pengerusikan Mesyuarat MT dan pelbagai versi cerita.

“Tapi untuk kawan-kawan yang suka mencari kebenaran saya nak jelaskan tentang gambar tersebut.

“Tepat jam 4 petang 10 Disember 2015 bertempat di Bilik Kuala Lumpur, Aras 5, PWTC, DS Rosmah telah hadir  untuk Majlis Ramah Mesra bersama Kelab UMNO.” jelasnya di Facebook.

Gambar tersebut pada awalnya disiarkan oleh Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Lokman Noor Adam di laman intagramnya. Beliau menyebut: “Bila pulak Datin Seri Rosmah Mansor mempengerusikan mesyuarat JASA?.

“Gambar tersebut saya keluarkan di instagram saya @lokmanadam dengan caption Datin Seri beramah mesra dengan perwakilan Kelab UMNO Luar Negara (KULN).

“Kehadiran Datuk Seri  Shabery Cheek adalah kerana beliau Pengerusi KULN, Datuk Puad pula merupakan Bekas Presiden Kelab UMNO UK & Eire dan saya juga merupakan AJK KULN.

“Main tembak je Sarawak Report ni, tak faham saya macamana orang boleh terperdaya dengan fitnah mereka berhubung 1MDB dan 2.6 Billion.” ujarnya menjelaskan sekeping gambar yang dimuat naik di Instagramnya kemudian  disalah guna Sarawak Report  untuk menyebarkan fitnah dan menjadi viral di kalangan pengguna media sosial.

 

 

TAGS