Satu  lawan satu: Amanah tiada masalah, tidak anggap Pas musuh

Satu lawan satu: Amanah tiada masalah, tidak anggap Pas musuh

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub  tidak menganggap Pas sebagai musuh dan tiada masalah dengan parti itu sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 14 kelak.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Salahuddin Ayub Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub tidak menganggap Pas sebagai musuh dan tiada masalah dengan parti itu sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 14 kelak.

“Kita tak ada masalah tentang itu dan tak pernah anggap Pas sebagai musuh atau isu besar. 

“Tan Sri Muhyiddin boleh mengadakan hubungan dengan sesiapa sahaja tetapi rohnya adalah untuk kita mewujudkan suatu suasana yang akhirnya esok kita boleh membuat satu persetujuan satu lawan satu. Itu semangat yang kita bina pada hari ini,” katanya dalam sidang media diadakan di pejabat Amanah semalam..

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tampil di pentas ceramah Pas dalam program parti itu di Terengganu Sabtu lalu, memberitahu, beliau sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpn Pas dan berbincang mengenai kerjasama bagi menghadapi PRU14.

Muhyiddin ketika berucap dipetik berkata telah berunding dua kali dengan beberapa pemimpin utama parti itu, Datuk Mustafa Ali (Pengarah Pilihan Raya Pas),  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presien Pas) dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya rasa peringkat pertama pertemuan antara Bersatu dengan Pas jelas terbukti minat untuk bersama-sama bergabung dalam satu pakatan untuk tentukan banyak kawasan yang bakal kita tandingi adalah ‘satu lawan satu’,” kata Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, Amanah akan memberikan komitmen dalam memastikan pertandingan satu lawan satu bagi menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN).

“Semua orang boleh berfikir boleh menyumbang kepada sesiapa sahaja. Amanah tak ada masalah dan semasa sambutan setahun Amanah di Muar Tan Sri Muhyiddin datang berucap dan beliau menegaskan tak akan kembali kepada Umno, itu menggembirakan kita.

“Apa pun yang dilakukan Bersatu ke arah mewujudkan satu lawan satu, Amanah juga komited melihat satu lawan satu,” tegasnya.

 

TAGS