Saya akui tanggapan tentang Bersih silap, kata bekas pemimpin Umno

Saya akui tanggapan tentang Bersih silap, kata bekas pemimpin Umno

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Buat julung kalinya Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Hamidah Osman lantang mengajak rakyat bangkit menolak kepimpinan Najib dan Rosmah.

“Kita mahu memperkukuhkan demokrasi berparlimen. Negara ini rakyat yang punya bukan Rosmah dan Najib punya!” soraknya disambut tepukan gemuruh peserta Bersih 5.

“Anda (Najib) di sana (Putrajaya) kerana ehsan rakyat. Anda kena sedar anda di situ kerana rakyat.

Hamidah Othman akui silap tentang Bersih.“Hari ini rakyat tak patut takut pada kerajaan dan Najib. Najib yang patut takut dengan rakyat!” pekiknya disahut sorakan dan tepukan orang ramai.

Mengulas mengenai perhimpunan Bersih 5, beliau berterus-terang mengakui tanggapannya selama ini tentang Bersih kononnya ganas tidak benar sama sekali.

“Saya kagum persiapan urusetia. Tanggapan Bersih kononnya ganas terbukti salah.

“Bersih memperjuangkan pilihan raya yang bersih. Adakah Umno mahu pilihan raya yang kotor?” bidasnya.

Beliau bagaimanapun berharap supaya perhimpunan Bersih 5 berjalan lancar tanpa mana-mana provokasi pihak tidak bertanggungjwab.

“Saya nak ucapkan pada polis terima kasih kerana membenarkan hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersuara,” katanya lagi.

TAGS