Saya datang untuk sokong Anwar kes saman akta MKN, kata Mahathir

Saya datang untuk sokong Anwar kes saman akta MKN, kata Mahathir

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk memberikan sokongan kepada tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari segi perlembagaan.

“Saya datang bagi sokongan moral kepada beliau karana lawan akta ini. Sebagaimana saya tulis dalam blog saya, saya juga menentang akta ini,” kata Tun Dr Mahathir kepada media selepas bertemu Anwar di mankamah.

Tun Mahathir berjumpa dengan Anwar di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini dan bersalam erat antara satu sama lain.

Ketika bercakap kepada media selepas itu, Mahathir tidak menjawab persoalan wartawan apakah perseteruan antara beliau dengan Anwar sudah selesai.

“Saya tak tahu tentang kerjasama, tetapi saya bercakap dengan dia,” kata Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata, terlalu awal untuk beliau mengulas apakah beliau menyokong Anwar sebagai bakal perdana menteri.

Perseteruan selama 18 tahun antara Mahathir dengan Anwar hari ini disifatkan sebagai selesai apabila kedua-duanya bersalam erat di mahkamah hari ini.

Ia berlaku di depan penyokong kedua-dua belah pihak termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Kamarudin Jaffar, bekas setiausaha agung Pas dan juga bekas setiausaha agung Abim ketika Anwar adalah pemimpinnya.

“Hari ini negara mencatatkan satu kejutan baru yang ditunggu oleh rakyat selama 18 tahun.

“Ia bukan satu keinsafahan tetapi satu tindakan politik yang bijak dari Tun Dr Mahathir dan Anwar juga bijak menerima kedatangan Tun Mahathir itu yang mengorbankan segala emosi dan segalanya,” kata penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar.

Bagi beliau, apa yang dibuat oleh bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa sebelum ini dan diikuti dengan pertemuan antara Mahathir dengan Anwar ini, “Ia satu permulaan politik baru untuk negara.”

 

TAGS