Saya malas layan berita bohong, kata Tuan Ibrahim

Saya malas layan berita bohong, kata Tuan Ibrahim

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa beliau masih dalam Pas dan akan terus bersama kepimpinan presiden parti Islam itu.

Menurutnya, beliau tidak pernah menyuarakan hasrat meletakkan jawatan dalam parti itu sebagaimana didakwa dan disebarkan oleh sesetengah pihak.

“Saya sebenarnya malas nak layan berita bohong ini. Saya pun tak pasti siapa yang membuat fitnah tersebut dan apa motif mereka.

“Tapi tak apalah nanti mereka akan jawab di Padang Mahsyar dakwaan yang mereka lemparkan itu,” katanya ketika menjawab dakwaan peletakan jawatannya dalam Pas berikutan isu dana RM90 juta, dialirkan kepada pemimpin tertinggi parti itu.

Menurutnya, beliau bersama kepimpinan baru sahaja selesai mengadakan retreat Pas Pusat bagi merangka strategi menghadapi PRU14.

Tuan Ibrahim dalam pada itu, turut memaklumkan beliau akan tetap istiqamah bersama pas.

“Saya tiada masalah bekerjasama bersama kepimpinan Pas…malah kami seronok berada dalam pasukan yang penuh ukhuwah dan semangat jihat tinggi bagi mendaulatkan Islam di negara ini,” katanya seperti dilapor Sinarharian hari ini.

Selain itu, beliau mengharapkan supaya dihentikan sebaran berita palsu berhubung dakwaan itu.

TAGS