Saya tidak berdendam walaupun dua kali ditahan ISA, kata Mohamad Sabu

Saya tidak berdendam walaupun dua kali ditahan ISA, kata Mohamad Sabu

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan tidak perlu berdendam dengan Tun Mahathir meskipun pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan tidak perlu berdendam dengan Tun Mahathir meskipun pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya ditahan dua kali di bawah ISA semasa pemerintahan Tun Mahathir. Namun ini bukan mengenai balas dendam pada masa lalu.

“Adakah saya perlu mengecam seorang bekas perdana menteri apabila saya sepatutnya membidas kepimpinan pada hari ini?,” ujarnya pada kongres ‘Selamatkan Malaysia’ di Pusat Konvensyen Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, Islam turut mengajar manusia untuk berkata benar di depan pemimpin zalim bukan pemimpin pencen yang zalim.

“Kalau kita berani kritik orang yang dah pencen, itu bukan jantan namanya.

“Imam Syafie, Imam Abu Malik dan Abu Hanifah dipenjarakan kerana mengkritik pemimpin yang menyeleweng di zaman mereka tetapi bukan mengkritik Abu Lahab dan Abu Jahal yang telah lama pergi,” ujarnya lagi yang pernah ditahan ketika Ops Lalang 1987.

TAGS