Saya umpama penjenayah ditahan masuk Sarawak, kata Exco Pulau Pinang

Saya umpama penjenayah ditahan masuk Sarawak, kata Exco Pulau Pinang

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim menyelar episod penahan beliau oleh pihak imigration Sarawak  tidak ubah seperti seorang penjenayah warga asing di dalam negara sendiri.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim menyelar episod penahan beliau oleh pihak imigration Sarawak  tidak ubah seperti seorang penjenayah warga asing di dalam negara sendiri.

Beliau berkata,insiden yang berlaku semalam, amat mendukacitakan sebagai sebuah negara merdeka sejak sekian lama.

“Dalam masa penahanan saya di Pejabat immigration dan seluruh episod pagi semalam saya merasa seperti penjenayah dan sebagai warga asing haram di negara sendiri.

“Kejadian ini yang berlaku pada saya dan kawan-kawan lain sangat mendukacitakan melihat keadaan negara Malaysia yang sudah merdeka sekian lama tetapi masih ada pemimpin pemimpin Negara Dan Negeri yang mencengkam kebebasan dan proses demokrasi.” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru katanya, insiden berlaku membuktikan Kerajaan Negeri Sarawak takut akan kehilangan kuasa.

“Dengan kebebasan akan membolihkan rakyat Sarawak membuka mata dan minda untuk melihat penyelewengan dan salah guna kuasa Kerajaan Negeri selama ini dan akan menerima perubahan seperti rakyat di Pulau Pinang Dan Selangor khasnya dan rakyat semananjung amnnya.

“Saya mencabar Kerajaan Sarawak membenarkan rakyat Malaysia dengan tidak kira latar politik masuk tanpa halangan berkempen pilihan raya negeri yang akan datang ini bagi membuktikan yang pentadbiran BN Sarawak Bersih Cekap Dan Amanah dan tidak ada penyelewengan dan salah guna kuasa.” katanya.

Beliau turut menceritakan rentetan insiden itu bagaimana pada 10hb April beliau telah mengambi penerbangan awal pagi AK 5432 dari Pulau Pinang ke Kuching Sarawak dengan pegawainya untuk menghadiri mesyuarat di Kuching dan sibu. Beliau akan kembali ke Pulau Pinang dari Sibu dengan penerbangan MH 2715 pada keesokan hari iaitu 11hb April.

“Setibanya di Kuching jam 8.40 pagi di kaunter immigration lapangan terbang apabila seperti biasa saya memberi kad pengenalan saya di beritahu untuk mengikut Pegawai immigration ke Pejabat.

“Di situ saya di beritahu yang saya tidak di benarkan masuk Sarawak di atas arahan pihak berkuasa negeri, saya cuba merayu kepada Pegawai berkenaan dan lepas itu pegawai atasan yang datang kemundian En Bujang juga saya cuba merayu tetapi di beritahu yang ini adalah arahan pihak berkuasa negeri.

“YB Nik Nazmi dan beberapa YB yang dalam perjalanan balik ke KL telah datang menziarahi saya di Pejabat tetapi di minta meninggal Pejabat immigration apabila gagal Pegawai immigration meminta pihak polis mengiringi mereka keluar.

“Kira kira jam 10.30 pagi saya di iringi oleh 3 pegawai immigration dan 2 Pegawai polis ke pesawat AK 5205 dan seumpama menyerah saya kepada kaptain dan staff pesawat dan Kad Pengenalan saya diserah kepada saya dan setiba di KL saya di beri dokumen untuk diserah kepada penerbangan seterusnya AK 6116 ke Pulau Pinang.” ceritanya.

Kerajaan Sarawak sebelum ini turut tidak membenarkan Naib Presiden Keadilan Nurul Izzah Anwar dan Presiden Amanah Mohamad Sabu untuk masuk ke negeri itu.

Dalam perkembangan sama Tamrin Tun Gafar pula berkata, insiden yang berlaku ke atas Exco Pulau Pinang itu tidak dipersetujui beliau.

“Saya tidak setuju sama sekali sikap mereka menghalang pemimpin Pakatan Harapan dan NGO ke Sarawak.

“Bukankah kita semua rakyat Malaysia? Nak melawat Baitulmaqadis yang dikawal Yahudi pun tidak ada masalah inikan pula Sarawak dan Sabah sebahagian dari negara kita sendiri.

“Apa kata kita sekat mereka datang ke Kuala Lumpur? Kita juga boleh beri 1001 macam alasan. Bersih dan suci sangat ke pemimpin-pemimpin Sarawak itu atau takut hantu sendiri,” ujarnya.

 

TAGS