Saya wala’ kepada Najib, kata Zamihan yang dakwa videonya diedit

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Zamihan Mat Zin

 

Selepas tersebarnya video beliau menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Zamihan Abdul Ghani mendakwa beliau wala’ kepada Najib sebagai pemimpin kerajaan pada hari ini.

Beliau mendakwa, video ceramah beliau telah diedit untuk mentohmah dan memfitnah beliau.

“Ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengedit video ceramah saya sekerat demi sekerat untuk mentohmah dan memfitnah saya. Kononnya saya melakukan penghinaan kepada YAB PM berhubung isu penubuhan KCSIP di Putrajaya. Sebenarnya tidak sama sekali.

“Saya cukup menghormati YAB Dato Sri Mohd Najib sebagai pemimpin no 1 negara. Wala’ saya tetap bersama beliau sebagai Government of the day.
Sedarlah bahawa memberi pendapat @ mengkritik bukan beerti menghina. Tak setuju tak mengapa. Namun kuasa mutlak tetap berada ditangan pemerintah,” katanya dalam posting di facebook beliau itu.

Katanya, ceramah sebenar beliau merupakan pengajian kitab Sifat Solat Nabi Yang Sahih berdurasi 1 jam, 30 minit dan 19 saat itu sengaja diedit dan diviralkan semula menjadi 2 minit 27 saat.

“Motifnya jelas bagi melaga-lagakan saya dgn para pemimpin negara,” katanya yang sebelum ini dipertahankan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, ceramah itu diadakan pada bulan Julai lalu di sebuah masjid.

“Ia bukannya diadakan selepas kenyataan YAB TPM berkaitan bidang kepakaran saya sama sekali. Mereka yang memfitnah dan mengadu domba tidak layak masuk syurga,” katanya.

Katanya, jika tiada fakta janganlah melakukan auta. Atau melakukan taqawwul (pembohongan) ke atas beliau.

“Saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan saman ke atas pemfitnah berkenaan,” katanya.

CATEGORIES
TAGS