Sekitar bandar Kuala Terengganu dilanda banjir

Sekitar bandar Kuala Terengganu dilanda banjir

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Hujan yang turun semalamam dan berhenti sekejap sebelum subuh dan turun kembali jam 8:00 malam tadi dan sehingga sekarang masih turun.

Setakat jam 12 tengahari ini beberapa batang jalan telah di naiki air seperti di Jalan Sultan Omar, Jalan Kamarudin, Jalan Ibrahim, Dataran Budaya Pantai Batu Burok selain di Merchang dan Marang.

Jalan Sultan Omar telah ditutup kepada semua kenderaan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Boleh dikatakan setakat ini hanya jalan raya di kawasan tengah bandaraya Kuala Terengganu sahaja yang dinaiki air.

Manakala dikawasan perkampungan  antaranya Kampung To Ku Chabang Tiga  dinaiki air  walaupun keadaan masih stabil namun masih dalam keadaan berjaga jaga.

Sehingga laporan ini di buat hujan telah berhenti namun cuaca masih gelap.

TAGS