Sekumpulan Sami  kutuk PM adakan solidariti etnik Rohingya

Sekumpulan Sami kutuk PM adakan solidariti etnik Rohingya

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Seramai 30 Sami Budha mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Malaysia di Myanmar kerana mengutuk sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak terhadap isu Rohinya di negara itu.

Tunjuk perasaans diketuai seorang radikal sami yang dikenali sebagai Pamaukka Biara Magwe atau Abbot berkumpul di Keduataan Besar Malaysia dengan laungan slogan menentang PM Malaysia agar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Myanmar.

Laporan yang dipetik dari Rohingya Vision dilaporkan semalam menyatakan,  sami-sami memegang sepanduk dengan slogan ‘Kutukan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Jangan Beri Tekanan terhadap kerajaan Myanmar’ yang ditulis di atasnya manakala gambar  perdana menteri  ditandakan dengan warna merah.

Mereka mengisytiharkan untuk mengadakan tunjuk perasaaan di hadapan kedutaan Malaysia dari 4 Disember dan seterusnya sebagai balas bantahan untuk ‘protes di hadapan kedutaan Myanmar di Malaysia.

Semalam Najib dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan himpunan mengutuk kekejaman dilakukan terhadap etinik Rohingya oleh tentera (Myanmar) di negeri Arakan.

Timbalan Pejabat Presiden di Myanmar, U Zaw Htay, mengingatkan Malaysia dasar tidak campur tangan Asean.

“Menurut prinsip Asean, negara anggota tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota lain. Kami sentiasa ikuti dan hormati prinsip ini. Kami berharap kerajaan Malaysia akan terus mengikutinya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, Wisma Putra mempertahankan protes yang dirancang dan menekankan bahawa apa yang berlaku di Myanmar merupakan isu kemanusiaan yang juga telah menjadi satu isu keselamatan untuk Malaysia.

Lebih daripada satu juta pelarian Rohingya tiba di Malaysia sejak beberapa tahun lalu untuk melarikan diri daripada penganiayaan di Myanmar.

Malaysia tidak secara rasmi mengiktiraf mereka sebagai pelarian dan dasar semasa adalah untuk menghantar mereka kembali selepas konflik di Myanmar selesai.

Kerajaan Myanmar menghadapi bantahan antarabangsa berikutan pembunuhan etnik Rohingya di negara itu. Ini berikutan serangan ke atas sebuah pos tentera Myanmar, yang telah dipersalahkan ke atas Rohingya.

Myanmar tidak mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai rakyatnya.

Editor turut meninggalkan nota yang menyebut: U Zaw Htay, Timbalan Pengarah Pejabat Presiden, adalah bekas tentera yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pejabat Presiden di bawah bekas Presiden Thein Sein. Pada tahun 2012, beliau secara terbuka menghasut kebencian terhadap umat Islam Rohingya di kalangan masyarakat Buddha Burma dan bersubahat dalam keganasan 2012.

TAGS