Selangor Fruit Valley tarikan baru pelancongan di Selangor

SFV ladang buah-buahan seluas 648 hektar kini menjadi tarikan baru pelancongan di Selangor.

Selangor Fruits Valley atau SFV yang terletak di jalan antara Rawang ke Bestari Jaya kini menjadi tarikan baru pelancongan di negeri Selangor.

Ladang buah-buahan milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang mula dibuka semula kepada orang ramai Julai lalu adalah sebuah ladang buah-buahan tropika yang berkeluasan 646 hektar.

Pada hujung minggu, 800 hingga 1000 pengunjung yang meminati agro tourisme memenuhi ladang buah-buahan ini.

Tanaman yang menjadi pilihan adalah seperti buah belimbing, nangka madu, kelapa muda, jambu batu, rambutan, pulasan, betik dan sebagainya.

Seorang pekerja membawa buah-buahan yang diproses untuk disajikan kepada tetamu yang datang.

Kini lebah kelulut yang menghasilkan madu menjadi tarikan orang ramai untuk ke ladang ini.

Lebah kelulut yang diternak di bawah pokok kelapa pandan ini mempunyai rasa dan aroma tersendiri iaitu kelapa pandan.

Orang ramai masuk ke ladang ini dengan menggunakan trem yang disediakan khas oleh pihak pengurusan ladang ini.

Ladang ini diwujudkan bagi menyahut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk memodenkan sektor pertanian selaras dengan visi dan misi PKPS.

Melalui pembangunan SFV ini, ia akan dapat menjadikan kawasan tersebut lebih berdaya maju serta komersil di samping menjana industri pertanian dan asas tani negeri.

Madu kelulut yang diternak di ladang ini kini menjadi tarikan kepada pelancong yang datang.

 

Trem yang membawa penumpang menjadi satu yang sangat digemari khasnya pelancong kanak-kanak.

 

Orang ramai meunggu trem untuk masuk ke ladang buah-buahan.

 

Rumah Kampung menjadi tempat persinggahan pelancong ke sini. Menikmati air kelapa muda yang segar dari ladang serta buah-buahan adalah acara wajib di sini.

 

Kambing, ayam kampung, arnak, angsa, itik dan burong juga menjadi tarikan kanak-kanak untuk bermain.

 

Buah-buah segar boleh dimakan terus selepas dipetik sendiri di ladang ini.

 

Selain, flora dan fauna, burong-burong menjadikan ladang ini kawasan habitat mereka.

 

 

 

CATEGORIES
TAGS