Selangor tak berhasrat guna beg kertas

Selangor tak berhasrat guna beg kertas

Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat menggantikan penggunaan beg plastik dengan beg kertas kerana matlamatnya mahu mendidik rakyat supaya membawa beg sendiri.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, sebelum ini sudah terlalu banyak beg plastik digunakan dalam kehidupan seharian dan kerajaan negeri tidak mahu jumlah penggunaan itu bertambah demi menjaga alam sekitar.

“Untuk kempen mengurangkan pengguna beg plastik matlamat utama bukan untuk menggantikan beg plastik tetapi mendidik rakyat menggunakan beg sendiri.

“Kalau cadang untuk menggantikan beg plastik dengan kertas atau beg bebas plastik dan sebagainya ia tidak mencapai matlamat tersebut,” katanya, memetik Selangorkini.

Justeru kerajaan negeri menyeru rakyat membawa beg sendiri bagi membantu mengurangkan penggunaan beg plastik yang sudah merebak sebelum ini.

Menurut Elizabeth lagi, hasil tinjauan mendapai pihaknya menerima reaksi positif berhubung pelaksanaan kempen bebas beg plastik sejak ia mula dilaksanakan 1 Januari lalu.

TAGS