Selepas 13 tahun, Tun Mahathir ke parlimen hari ini

Selepas 13 tahun, Tun Mahathir ke parlimen hari ini

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad buat pertama kali hari ini menjejak kaki ke parlimen selepas bertukar menjadi pembangkang.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad buat pertama kali hari ini menjejak kaki ke parlimen selepas bertukar menjadi pembangkang.

Beliau ke parlimen untuk menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen sebagai pengerusi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ini juga mungkin kehadiran pertama beliau ke parlimen sejak berundur sebagai perdana menteri 13 tahun lepas, pada 2003.

Kedatangan Mahathir hari ini kelihatan di iringi oleh Lim Kit Siang, Tan Sri Muhyidin Yassin dan juga ahli parlimen Pas, Datuk Mahfuz Omar. 

Turut hadir bersama beliau adalah bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail di samping bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Lebih 20 orang anggota parlimen pembangkang dilihat hadir mesyuarat yang dianjurkan di bangunan sementara di parlimen termasuk MP dari Amanah, PKR dan DAP.

Bagaimanapun, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak kelihatan.

TAGS