Selepas pembalakan melampau, Kelantan buat Dialog Sayangi Hutan

Selepas pembalakan melampau, Kelantan buat Dialog Sayangi Hutan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ekoran kontroversi pembalakan tidak terkawal di bahagian hulu Kelantan, pihak kerajaan negeri hari ini menganjurkan dialog ‘Sayangi Hutan Kita’.

Program anjuran Pertubuhan Intelektual dan Graduan Kelantan (i-Grad) itu yang bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu dijangka berlangsung pukul 9.15 malam ini.

Dialog itu diadakan selepas pembongkaran kemusnahan kritikal alam sekitar oleh Royalti (R) Malaysia bersama kumpulan NGO dan media minggu lalu.

Pensyarah Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Zaki Hamzah dan NGO Rakan Alam, Huzir Sulaiman sebagai ahli panel.

Dialog yang dipanggil ‘Sanggar Intelek’ itu diuar-uarkan akan menjawab persoalan berkaitan amalan pengurusan hutan yang sebenar, takrifan Hutan Simpan Kekal serta hutan sebagai sumber ekonomi negeri.

Dalam hal berkaitan, tinjauan Malaysia Dateline bersama R Malaysia baru-baru ini mendapati penebangan balak turut melanggar had 50 meter dari tebing sungai selain beberapa balak bersepah di Air Terjun Dakota.

Tinjauan media dan NGO di pedalaman Gua Musang melalui drone minggu lalu mendapati pembalakan secara tebang habis turut melanggar zon rizab sungai. Foto: R MalaysiaSiasatan juga mendapati paras sungai di sekitar Hutan Simpan Kekal Balah juga cetek akibat aktiviti berlebihan mendapan pasir yang dipercayai kesan pembalakan.

Masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan turut mengadu kehidupan mereka semakin terancam ekoran sumber hutan yang semakin merosot.

TAGS