Selepas Rohingya, Pas dan Umno kerjasama di MAHA pula

Selepas Rohingya, Pas dan Umno kerjasama di MAHA pula

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Selepas bekerjasama untuk membela rakyat Rohingya pada 4 Disember lepas, kerjasama antara pemimpin Pas dan Umno diteruskan lagi di pameran pertanian MAHA di Serdang.

Sebagaimana tahun-tahun lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengunjungi MAHA 2016 sehari selepas perhimpunan di Stadium Titiwangsa itu.

Abdul Hadi disambut juga oleh Noh Omar di MAHA.Kalau kunjungannya di tahun-tahun sebelum ini disambut oleh pegawai-pegawai, namun kali ini Abdul Hadi diiringi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sendiri dan disambut oleh pemimpin besar Umno.

Turut bersama Abdul Hadi di MAHA adalah Datuk Seri Noh Omar dan bekas perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga turut sama.

Yang lebih menarik lagi, gambar-gambar Abdul Hadi di MAHA bukan sahaja disiarkan oleh ahli-ahli Pas lagi tetapi disiarkan oleh laman facebook milik Umno dan pemimpin mereka.

Antaranya Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam dan juga Datuk Seri Noh Omar.

Bagi seorang penyokong Pas, Basri Malek Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi menerima sambutan hebat di MAHA..

“Alhamdulillah politik matang dan sejahtera yang diterapkan oleh Pas semakin diterima rakyat,” katanya menerusi facebook beliau.

Sementara itu, RTM turut mewawancara Abdul Hadi sempena lawatannya ke MAHA 2016, satu yang jarang dilakukan oleh stesen rasmi TV kerajaan itu.

 

TAGS