Selepas seminggu, apa tindakan terhadap Myanmar, tanya Pemuda Amanah

Selepas seminggu, apa tindakan terhadap Myanmar, tanya Pemuda Amanah

Selepas seminggu perhimpunan Solidariti untuk Rohingya yang menggabungkan parti pemerintah Umno dengan Pas, tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani konflik Rohingya.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Selepas seminggu perhimpunan Solidariti untuk Rohingya yang menggabungkan parti pemerintah Umno dengan Pas, tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani konflik Rohingya.

“Himpunan tersebut kononnya bagi menunjukan keprihatinan Malaysia kepada warga Rohingya hanya retorik dan politik sentimen sahaja,” kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil.

Bagi beliau, ia hanya dimainkan oleh pihak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana walaupun pihak kerajaan turun dalam demontrasi tersebut, tetapi tiada tindakan diambil oleh kerajaan samaada menegur secara rasmi pentadbiran Aung San Suu Kyi atau mendesak OIC, Asean atau PBB menghantar negara pengaman ke Myanmar.

Apa Nik Abduh telah buat, tanya Faiz Fadzil.Lebih malang lagi, katanya, apabila Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Mat yang turut hadir dan berucap di dalam himpunan tersebut juga hingga kini diam seribu bahasa walaupun tiada apa-apa tindakan diambil oleh pihak kerajaan.

“Sebagai ‘penasihat’, apakah langkah yang telah diambil bagi menyelesaikan konflik kemanusiaan ini?” soal beliau.

Bagi anak bekas presiden Pas itu, Datuk Fadzil Noor itu, pendirian Nik Abduh yang mesra Najib Razak dengan hadir dalam himpunan tersebut tetapi takut untuk menegur Najib Razak dalam skandal 1MDB menimbulkan persoalan tentang pendirian politik beliau.

Bagi beliau, hak rakyat dan wang negara perlu dipertahankan kerana skandal ini melibatkan jenayah penyelewengan wang negara dan hutang puluhan bilion ringgit yang mengakibatkan penganiyaan dan kezaliman terhadap rakyat.

Rakyat, katanya, terpaksa menanggung kenaikan harga barang kesan daripada GST, potongan subsidi pendidikan dan kesihatan dan nilai mata wang yang semakin susut akibat skandal 1MDB.

“Jika benar masih berjuang atas nama Islam, jenayah dan kemungkaran pemerintah ini yang harus ditentang secara zahir dan bukan hanya bersuara dalam isu-isu yang dijadikan sentimen oleh pihak pemerintah Umno,” katanya.

TAGS