Jom perkena kambing bakar di kedai Pak Wan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ikan bakar, ayam bakar, sotong bakar dan tidak terkecuali kambing bakar ada di sini.

Untuk menikmati makan tengah hari dengan masakan bakar dan harga yang berpatutan, Selera Impian (Pak Wan Ikan Bakar) merupakan pilihan yang tepat.

Kedai Pak Wan kecil sahaja tetapi makanannya sangat hebat.Kedai Pak Wan menyediakan masakan bakar yang segar setiap hari di samping menu lain seperti patin masak tempoyak, gulai lemak daging salai, keli sambal merah dan lain-lain lagi lengkap dengan ulam-ulaman, sambal belacan, budu dan tempoyak sebagai pembuka selera.

Terletak di Medan Aneka Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur, kedai Pak Wan dibuka setiap hari termasuk pada cuti umum dari jam 11 pagi hingga lima petang.

Kedai ini biasa-biasa sahaja namun keramahan Pak Wan akan menyebabkan pelanggan terasa ingin berkunjung lagi.

Menurut Pak Wan, kedainya sudah beroperasi selama 11 tahun di lokasi yang sama dan sudah mempunyai pelanggan tetap.

Pada setiap Jumaat, Pak Wan akan meyediakan sepinggan kambing bakar percuma untuk setiap meja pelanggan yang datang secara berkumpulan. 

Kepada penggemar kambing bakar juga, kedai Pak Wan memang pilihan terbaik.

Ikan bakar juga menjadi pilihan pelanggan Pak Wan.

Sotong bakar juga sedap disini.

Makan di kedai Pak Wan dengan lauk macam ni memang terangkat.

TAGS