“Semua dia potong kecuali untuk kroni,” selar Amanah Kedah

“Semua dia potong kecuali untuk kroni,” selar Amanah Kedah

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah menyelar tindakan kerajaan memotong banyak dana dan subsidi untuk rakyat termasuk pemberhentian biasiswa pendidikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala peruntukan bagi kepentingan kroni tidak diusik.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah menyelar tindakan kerajaan memotong banyak dana dan subsidi untuk rakyat termasuk pemberhentian biasiswa pendidikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala peruntukan bagi kepentingan kroni tidak diusik.

Naib Pengerusinya, Mustafa Yahya berkata, Bajet 2016 yang telah dibentangkan Oktober tahun lalu juga menyaksikan pemotongan dana Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAP) daripada RM200 juta kepada hanya RM10 juta sekaligus menambahkan beban keluarga miskin termasuk penoreh getah.

“Duit untuk murid miskin pun dipotong. Semua dia (kerajaan) potong. Hanya kategori kawan dan kroni dia tambah bagi lagi duit,” tegasnya sambil menyebut peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditambah sebanyak RM1 bilion dalam ‘Ceramah Isu Rakyat: Kejatuhan Harga Getah’ di Kampung Landai, Sik semalam.

Penduduk Kampung Landai dan sekitarnya mengambil kesempatan mendaftar untuk menjadi ahli Amanah. Menurut bekas jurutera itu, reaksi beberapa menteri kabinet berhubung realiti kenaikan melambung kos sara hidup begitu mengecewakan dan jelas tidak bertanggungjawab.

“Ada menteri suruh mahasiswa masak sendiri untuk elak GST katanya. Bila harga ayam naik mahal, menteri kata jangan makan ayam. Ada menteri juga suruh rakyat buat kerja lebih. Cukuplah. Rakyat kena celik. Jadikan mereka pembangkang pilihan raya nanti,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mustafa menggesa kerajaan menetapkan harga getah beku di ladang sekurang-kurangnya pada RM3.50 sekilogram memandangkan kerajaan sebelum ini telah mengutip hasil cukai barang dan perkhidmatan (GST) lebih RM30 bilion setakat Disember tahun lalu.

“Adakah golongan penoreh tidak penting? Jangan kata kerajaan tidak ada duit. Ada duit tetapi tidak amanah. Kerajaan mungkin hanya perlu memperuntukkan
RM1 bilion atau RM1,000 juta supaya harga lantai getah boleh ditetapkan berada pada lingkungan RM3.50 hingga RM4.

“Harga (getah beku) sekarang, RM1.80 terlalu rendah. Rakyat terutama penoreh secara pawah yang selama ini hidup susah bertambah susah. Kerajaan juga tahun lepas sudah ada peruntukan RM100 juta (Bajet 2015),” tambahnya lagi.

Walaupun dianggap kubu kuat Umno dan Pas tetapi sambutan penduduk setempat menggalakkan dengan sebahagiannya mendengar ceramah daripada Mazlan Aliman dan Leman Raja Lawan dari jalan utama kampung tersebut. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Sik, Azli Che Uda menyifatkan ribuan penoreh getah di daerah itu terutama secara pawah atau tidak bergeran
yang tergolong dalam kelompok miskin tegar sedang berdepan dengan krisis kekurangan bekalan makanan.

“Tambah pula harga barang mentah di Sik lebih mahal daripada Alor Setar. Bahkan sekarang ada penoreh kalau beli beras guna kilo tukar dengan buah kelapa. Sekilo (beras) RM2.60. Penduduk kampung juga terpaksa buat apa saja kerja untuk beli barang makanan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, program ceramah berjalan lancar dengan perasmian cawangan pertama Kampung Landai/Kampung Melaka oleh Jawatankuasa
Amanah Nasional, Mazlan Aliman.

Perasmian tersebut dengan penyerahan bendera Amanah kepada Ketua Cawangan Penaja, Hashim sebagai simbolik perasmian itu menyaksikan kehadiran kira-
kira 200 orang majoritinya masyarakat penoreh getah dari beberapa kampung berhampiran.

Seramai 10 keluarga miskin juga menerima sumbangan beras dan barangan keperluan dapur pada akhir program.

Untuk rekod, kejatuhan harga getah sejak beberapa tahun lalu didakwa berkaitan dengan manipulasi oleh 11 syarikat yang menawarkan harga belian lebih rendah berbanding harga purata dalam pasaran tempatan.

TAGS