Senaman punggung: Ali Tinju gengster kampung, tidak layak cakap pasal demokrasi

Senaman punggung: Ali Tinju gengster kampung, tidak layak cakap pasal demokrasi

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membidas kenyataan Presiden Gerakan Merah Mohd  Ali Baharom yang mahu mengadakan 'senaman punggung' di hadapan rumah Maria Chin Abdullah sebagai satu ugutan yang  tidak berlandaskan demokrasi.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Datuk Seri  Khairuddin Abu Hassan membidas kenyataan Presiden Gerakan Merah Mohd Ali Baharom yang mahu mengadakan ‘senaman punggung’ di hadapan rumah Maria Chin Abdullah sebagai satu ugutan yang tidak  berlandaskan demokrasi.

 Beliau berkata, pemimpin gerakan baju merah itu hanya seorang penyangak dan gengster kampung yang tidak layak untuk bercakap soal demokrasi dan undang-undang.

“Penyangak dan gangster kampungan Ali Tinju berperangai macam orang yang tidak bertamadun dan kini dia nak bercakap mengenai amalan demokrasi serta keluhuran undang-undang?

“Jangan nampak samseng dia saja.. nak asyik jual nama bekas tentera untuk mengugut orang lain,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin membuat kenyataan demikian ekoran semalam, Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) yang dipimpin Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju mahu mengadakan ‘senaman punggung’ di hadapan kediaman Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah pada 19 September ini.

Maria sebelum itu mengumumkan akan menganjurkan himpunan Bersih 5 bagi tujuan bantahan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Ali Baharom dan kumpulan gerakan merahnya ketika mengadakan 'senaman punggung' di hadapan rumah Ambiga empat tahun lalu bercadang akan berbuat demikian di rumah Maria Chin pada 19 September ini.Dalam siri pertama ‘senaman punggung’ Ali Tinju yang juga Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM)  melakukannya pada Bersih 3 dengan cara  beraksi sambil membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung ke arah kediaman bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga empat tahun.

Dalam satu kenyataan Ali Tinju dipetik berkata, beliau tidak teragak-agak untuk kembali melakukan aksi tersebut siri kedua di hadapan rumah Maria bagi membantah penganjuran Bersih 5.

Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan berkata, beliau yakin ramai bekas-bekas tentera yang lain tidak sokong cara ‘gangsterisma’ seperti dilakukan Ali Tinju ini.

“Dia pada hakikatnya suka buat kacau dan tidak menghormati undang-undang dan tidak faham asas undang-undang sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara.

“Sesiapa saja berhak untuk mengajurkan perhimpunan secara aman khususnya di dalam menzahirkan perasaan tidak puashati rakyat terhadap amalan rasuah serta salahguna kuasa yang berlaku secara berleluasa di negara kita pada masa kini.

“Ini manifestasi dan luahan rasa tidak puashati rakyat jelata yang tidak mahu berkompromi dengan sebarang unsur-unsur salahlaku.

“Perhimpunan secara aman dengan mengikut peraturan undang-undang adalah dibenarkan di negara ini,” terangnya.

Justeru katanya Gerakan Merah yang diketuai Ali Tinju juga pernah melakukan perhimpunan tetapi tidak pernah dihalang oleh mana-mana pihak sebelum ini.

“Puak baju merah pun selalu anjurkan perhimpunan.Tapi kita tidak pernah peduli langsung…itu hak mereka dan kita menghormatinya.

“Ali Tinju tolong jangan terlalu nak tunjuk samseng. Negara kita ada undang-undang, jangan cuba nak ugut dan gertak orang secara sewenang-wenangnya… simpan siket samseng dia dalam koceknya sendiri dan jangan angkuh nanti makan diri,”  peringatan Khairuddin lagi.

TAGS