Wanita Muda Amanah cari sukarelawan “Senyumlah Adikku Sayang”

Wanita Muda Amanah cari sukarelawan “Senyumlah Adikku Sayang”

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Wanita Muda Amanah Nasional mengajak rakyat Malaysia yang prihatin untuk bersama-sama memberikan sokongan moral selain sumbangan material kepada mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Menurut Ketua Wanita Muda Amanah Nasional Anis Afida Mohd Azli, bertepatan dengan saranan tersebut, Wanita Muda Amanah Negeri Johor dan kepimpinan Amanah negeri itu akan membuat lawatan ke wad kanak-Kanak yang terbabit esok bagi membantu meredakan trauma yang dialami mereka.

“Misi untuk melihat senyuman setiap pesakit kecil ini kembali, beberapa aktiviti menarik telah disediakan mengikut kesesuaian pesakit dan tempat itu nanti.

“Semoga usaha kecil ini menjadi pencetus kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk tampil membangunkan kembali Hospital Sultanah Aminah seperti sedia kala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru beliau mengajak sesiapa sahaja yang berkelapangan untuk sama-sama menyertai mereka menyantuni kanak-kanak tersebut pada jam lima petang esok. Dalam pada itu, Anis turut mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang sangat prihatin dalam membantu mangsa yang sangat memerlukan.

“Saya turut berbangga dengan kecekapan kepimpinan Amanah Negeri Johor yang diketuai oleh Tn Hj Zulkefly Mohamad, Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Johor berserta ahli jawatankuasa kerja yang lain, telah turun ke tempat kejadian bagi mendapatkan penjelasan dan menyampaikan bantuan sejurus sahaja mendapat berita tersebut,” katanya.

TAGS