Seramai 20,000 ahli PPBM turun Bersih 5

Seramai 20,000 ahli PPBM turun Bersih 5

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dianggarkan seramai 20,000 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turun berhimpun pada Bersih 5 hari ini.

Dimaklumkan Ketua Konvoi dari Selatan Samudin Kambali di Johor sahaja sebanyak 17 bas membawa peserta konvoi Bersih 5 dari arah Selatan yang menuju ke ibu negara hari ini.

Kambali memaklumkan pesertanya kini berada di LRT Bangsar menuju akan menuju ke Masjid Negara untuk bersolat Zohor kemudian akan bergerak ke Dataran Merdeka.

Mereka telah tiba seawal jam 4 pagi tadi dijangka akan menyerahkan obor pada jam lima petang di Jalan Raja Laut.

TAGS