Serangan DDos merupakan ancaman kepada perniagaan

Serangan DDos merupakan ancaman kepada perniagaan

Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDos) terus kekal menjadi ancaman kepada perniagaan selepas satu serangan besar-besaran yang mencatatkan rekod baharu, kata laporan sukuan terbaharu yang diterbitkan oleh Akamai Technologies Inc.

 Dalam Suku Pertama 2016 Keadaan di Internet – Laporan Keselamatan, Akamai mendapati bahawa perniagaan global, khususnya dalam ekonomi pesat seperti Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara, sedang berhadapan dengan ancaman yang semakin meningkat yang memerlukan mereka untuk mempercepatkan keupayaan bagi mengurangkan kesan serangan itu.

 “Sektor yang terus menjadi fokus utama serangan adalah seperti perkhidmatan kewangan, perisian, teknologi, media, hiburan, aset sektor awam, pendidikan, internet, aset telekomunikasi, peruncitan, perjudian, hotel dan penyedia perkhidmatan perjalanan,” katanya.

CATEGORIES