Serantau Muslim rakam takziah pemergian ulama hadis Syria

Serantau Muslim rakam takziah pemergian ulama hadis Syria

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) merakam ucapan takziah atas pemergian ulama hadis terkenal di Syiria, al-Syeikh Syu’aib al-Arna’outh.

Syeikh Syu’aib al-Arna’outh, 88 dilaporkan meninggal dunia kelmarin.

“Serantau Muslim mewakili perasaan sedih umat Islam akan kehilangan seorang tokoh ulama yang sangat cakna dan sensitif dengan isu semasa Umat Islam.

“Semoga Allah merahmati beliau dan memberikan kedudukan yang mulia disisi ruh para orang soleh,” kata pengerusi Serantau Muslim, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dalam satu kenyataan.

Syeikh Syu’aib al-Arna’outh meninggalkan jasa yang amat besar kepada dunia Islam khususnya dalam bidang pentahqiqan manuskrip dan hadis.

Beliau yang berasal dari Albania telah menghasilkan banyak karya yang begitu bermakna antaranya adalah Siyar A’lam al-Nubala’ oleh Imam al-Zahabi (lebih kurang 30 jilid), Musnad Ahmad (50 jilid), Sahih Ibn Hibban (14 jilid).

Semalam, mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi status di Facebooknya melahirkan rasa sedih atas pemergian tokoh ulama yang disifatkan sebagai
ulama yang begitu komited dengan ilmu serta mempunyai manaqib dan mauqif yang baik berhubung isu-isu semasa umat Islam.

“Begitu juga pandangan beliau yang mana sering kali digunakan sebagai rujukan dan panduan dalam menghadapi permasalahan sama ada dalam bidang keilmuan mahupun isu semasa,” katanya.

TAGS