Serpihan di Mozambique hampir pasti MH370

Serpihan di Mozambique hampir pasti MH370

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dua serpihan yang ditemukan di Mozambique hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, kerana kedua-dua bahagian itu konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemeriksaan ke atas serpihan itu yang dijalankan oleh Geosains Australia dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di pusat kemudahan di Canberra, Australia sejak 21 Mac, selesai semalam.

Pemeriksaan dan analisis yang dijalankan ke atas serpihan itu dikendalikan oleh pakar antarabangsa daripada Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Annex 13 Malaysia bagi MH370, ATSB, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Boeing, katanya.

Liow berkata Pasukan Penyiasatan Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia menyatakan dimensi, bahan dan pembinaan kedua-dua bahagian itu sama dengan spesifikasi pesawat Boeing 777 dan cat penstensilan di kedua-dua bahagian sepadan dengan yang digunakan oleh Malaysia Airlines.

“Sehubungan itu, kedua-dua bahagian itu adalah konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines dan hampir pasti adalah dari MH370,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Chester juga mengiktiraf tugasan itu yang dikendalikan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Geosains Australia, Boeing dan Australian National University yang dibantu Pasukan Penyiasatan Malaysia melakukan pemeriksaan ke atas serpihan itu.

Beliau berkata pencarian pesawat malang itu diteruskan dan seluas 25,000 kilometer persegi kawasan pencarian di bawah dasar akan diperiksa.

“Kami memberi tumpuan untuk menyiapkan tugas ini dan tetap berharap pesawat itu akan ditemui,” katanya.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang daripada radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Pada masa ini, operasi mencari pesawat itu dijalankan di selatan Lautan Hindi, lokasi di mana ia dipercayai berakhir.

Hari ini, kerajaan Australia mengesahkan serpihan yang ditemui di Mozambique kemungkinan besar milik MH370.

Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia Darren Chester berkata demikian dalam kenyataan yang dimuat naik di http://miniter.infrastructure.gov.au/.

TAGS