Serpihan yang ditemui di Tanzania sah milik MH370

Serpihan yang ditemui di Tanzania sah milik MH370

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kementerian Pengangkutan mengesahkan hari ini bahawa serpihan pesawat yang dijumpai di Tanzania adalah milik MH370.

Pengesahan itu dibuat melalui penelitian oleh pakar daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serpihan yang ditemui disahkan sebahagian Boeing 777 kosisten dengan cop tarikh dengan tarikh penghantaran MH370.

Pembuat Itali juga mengesahkan semua nombor pada bahagian tersebut berkaitan dengan nombor siri yang telah dihantar ke Boeing iaitu nombor yang sama telah diserahkan kepada Malaysia Airlines didaftarkan sebagai 9M-MRO.

“Oleh itu, pakar telah membuat kesimpulan bahawa serpihan tersebut adalah dari pesawat 9M-MRO, juga dikenali sebagai MH370,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Pemeriksaan lanjut serpihan akan diteruskan, dengan harapan bahawa keterangan selanjutnya boleh terbongkar yang boleh memberikan harapan baru terhadap penyiasatan penerbangan MH370,” katanya.

Serpihan itu dijumpai di Pulau Pemba, Tanzania pada 20 Jun lalu.

Ia mengandungi angka dan tarikh yang mengesahkan ia milik pesawat 9M-MRO yang dibina pada 23 Januari 2002.

TAGS