Sertai Bersih 5: Terpulang kepada J/K Disiplin Pas mahu ambil tindakan, kata Mahfuz

Sertai Bersih 5: Terpulang kepada J/K Disiplin Pas mahu ambil tindakan, kata Mahfuz

 

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar sedia diambil tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana penyertaannya dalam perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu lalu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar sedia diambil tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana penyertaannya dalam perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu lalu.

Mahfuz dalam satu kenyataan berkata, perkara itu terpulang kepada jawatankuasa berkenaan jika dia benar-benar didapati melakukan kesalahan.

“Saya lakukannya untuk rakyat.Saya sertai Bersih kerana permintaan rakyat.

“Saya serahkan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk membuat keputusan dan ia terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan jika saya telah melakukan kesilapan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mahfuz turut berkata terdapat enam lagi wakil rakyat Pas lain dari Kedah yang berada di perhimpunan tersebut.

Mahfuz, bekas Ketua Penerangan Pas turut berkata, parti itu tidak mengeluarkan surat rasmi untuk menghalang ahli daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

“Apa yang saya tahu adalah dari kenyataan Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan dalam Harakah Daily, Pas dan ahli-ahlinya tidak menyertai perhimpunan itu, tetapi tiada surat perkeliling rasmi mengenainya,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata beliau akan menyerahkan kepada jawatankuasa disiplin untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli parti yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata tiada keputusan telah dibuat sehingga hari ini berkaitan penyertai ahlinya pada perhimpunan Bersih 5.

TAGS