Sertai kumpulan Baju Merah kapasiti individu bukan parti

Sertai kumpulan Baju Merah kapasiti individu bukan parti

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tan Sri Annuar MusaUmno tidak akan menyekat ahlinya yang ingin menyertai perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu ini yang dianjurkan oleh Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu tidak akan mengambil tindakan atau menghalang ahlinya yang mahu menyertai kumpulan baju merah itu kerana kehadiran mereka atas kapasiti peribadi bukan parti.

“Bagaimana kita hendak menghentikan orang daripada buat apa yang mereka mahu buat.

“Kenapa nak ambil tindakan ke atas ahli? Tak boleh ambil. Adakah DAP juga akan ambil tindakan?

“Ia terpulang kepada mereka. Perkara ini adalah individu (untuk menyokong Baju Merah). Anda kena bezakan antara individu dan organisasi.

“Pada peringkat parti, kita tidak akan mengambil tindakan tetapi kita juga tidak menyekat mana-mana ahli yang mahu pergi,” kata Ahli Parlimen Ketereh ini di lobi Parlimen hari ini.

Sebagai rekod Jamal dan kumpulannya akan turut berkumpul di dua lokasi utama di Dataran Maybank dan Masjid Negara di mana tempat yang menjadi perhimpunan peserta Bersih 5.

TAGS