Setelah dua dekad, dua keluarga bekas pegawai masjid diusir

Setelah dua dekad, dua keluarga bekas pegawai masjid diusir

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Setelah lebih dua dekad menabur khidmat, dua keluarga bekas pegawai masjid yang mendiami rumah di perkarangan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang bakal diusir keluar daripada rumah masing-masing.

Tindakan itu dibuat Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) atas dakwaan mereka menduduki tanah itu secara tidak sah dan tanpa kebenaran.

Notis pengosongan tapak rumah dua keluarga terbabit bertarikh 9 November 2016 telah dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Mereka diarah mengosongkan rumah dalam tempoh 14 hari sebelum dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan komersial.

“Jasa dan khidmat para pegawai masjid selama lebih 20 tahun langsung tidak dikenang, malah dihalau begitu sahaja dari Masjid LTSAAS, Subang,” ujar anak salah seorang bekas pegawai masjid itu, Muhammad Abu Zarrin Abdul Razak.

Sehubungan itu, keluarga yang terlibat akan mengadakan suatu sidang akhbar untuk membongkar penganiyaan terhadap mereka pada esok, 11 November 2016, jam 2 petang bertempat di Restoran Sup Gadai Nyawa di perkarangan Masjid LTSAAS.

“Kami memohon pihak media untuk bantu kami memberikan liputan isu ini,” kata Abu Zarrin yang boleh dihubungi di nombor telefon 010 297 9707.

TAGS