Shafie serah borang pendaftaran tubuh parti baharu

Shafie serah borang pendaftaran tubuh parti baharu

Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan hadir di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya pagi ini, dipercayai untuk menyerahkan borang pendaftaran parti baharu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  dilaporkan hadir di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya pagi ini, dipercayai untuk menyerahkan borang pendaftaran parti baharu.

Shafie tiba jam 9.35 pagi, bersama beberapa penyokongnya.

Shafie sebelum ini mengumumkan keluar daripada Umno pada 4 Julai , selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keahlian beliau pada 24 Jun lalu.

Setiausaha akhbarnya Zamri Maulan ketika dihubungi Malaysia Dateline memberitahu Shafie ke pejabat RoS untuk menukar nama sebuah parti di Sabah dengan nama baharu yang akan di terajui beliau di negeri bawah bayu itu. Tanpa mahu mendedahkan nama parti  di Sabah itu yang akan ditukar nama oleh Shafie . 

Khabar angin bertiup sebelum ini Shafie dikatakan berhasrat untuk mengambilalih  Usno kemudian dinafikan oleh Presidennya Dullie Tiaseh, yang mengatakan berkemungkinan  Shafie akan mengambil alih  Parti Kebangsaan Sabah (PKS) yang telah diluluskan penubuhannya tiga tahun lalu tetapi tidak pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Shafie yang ditemui media  selepas selesai pertemuan lebih sejam itu turut enggan mendedahkan parti yang diambilalih dan nama baharu yang dicadangkannya  kepada RoS.

“Kita tunggu keputusan dan beri masa kepada pendaftar pertubuhan. Nanti kita  akan umumkan,” ujarnya Ahli Parlimen Semporna ini.

 

TAGS