Shahrir dilantik Pengerusi Felda

Shahrir dilantik Pengerusi Felda

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik sebagai pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi kepimpinan lembaga tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata Shahrir menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi Felda, manakala Mohd Isa akan terus memegang jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd.

“Dibawah penyusunan ini, adanya pembahagian tanggungjawab iaitu terhadap kebajikan dan sosio-ekonomi peneroka, dan perniagaan Felda,” kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrir mempunyi pengalaman luas dalam pentadbiran Kerajaan dan pernah menjadi menteri di tiga kementerian.

Beliau juga pernah menyandang jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Disamping itu, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang bertanggungjawab mengaudit ketelusan badan-badan kerajaan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Mohd Isa di atas sumbangan beliau kepada Felda sejak memegang jawatan tersebut pada tahun 2011,” kata Perdana Menteri.

Menurut Najib, dibawah kepimpinan Mohd Isa, Felda telah menjayakan banyak aktiviti kemasyarakatan serta program-program bagi meningkatkan kualiti hidup peneroka dan keluarga mereka.

Najib berkata di bawah kepimpinan Mohd Isa, Felda telah menjayakan banyak aktiviti kemasyarakatan serta program-program bagi meningkatkan kualiti hidup peneroka dan keluarga.

Beliau berkata Mohd Isa yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai pengerusi Felda akan terus memegang jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

“Di bawah penyusunan ini, adanya pembahagian tanggungjawab iaitu terhadap kebajikan dan sosio-ekonomi peneroka dan perniagaan Felda,” kata perdana menteri.

TAGS