Shazni direman dua hari

Shazni direman dua hari

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Naib ketua pemuda Amanah Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin direman selama dua hari,
bermula semalam sehingga esok, 6 April.

Menurut timbalan ketua pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil yang juga peguam mewakili
Shazni, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan polis untuk
tahanan reman empat hari ke atas Shazni.

“Permohonan reman empat hari ke atas Shazni hanya dibenarkan untuk dua hari sahaja
sehingga 6 April,” katanya.

Shazni ditangkap polis di perkarangan IPD Dang Wangi pada jam 2.30 petang semalam
di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 1244 Kanun Keseksaan.

Terdahulu beliau dipanggil bagi memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada jam dua
petang tadi rentetan arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitter
Sabtu lalu.

Ia berkaitan satu artikel Shazni yang disiarkan sebuah portal atas talian yang
didakwa bersifat menghasut.

Bagaimanapun menurut Shazni arahan tangkapan itu hanya berdasarkan kenyataan yang
telah dimanipulasi daripada kenyataannya yang asal.

TAGS