Sidang Kemuncak ASEAN di Manila bisu dalam isu Rohingya

Sidang Kemuncak ASEAN di Manila bisu dalam isu Rohingya

Selepas dua hari Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di Manila berlangsung, pemimpin-pemimpin negara Asean didapati membisu dan tidak membangkitkan dua isu utama yang sepatutnya diketengahkan dalam persidangan terebut iaitu masalah bagaimana Myanmar menangani penduduk Rohingya dan kempen berdarah Manila memerangi pengedaran dadah, demikian laporan Ajjazeera hari ini.

Dalam draf “Kenyataan Pengerusi” yang disediakan oleh Pengerusi Persidangan ASEAN kali ini iaitu Presiden Filipina Rodrigo Duterte, sebagai kesimpulan kepada perbincangan sepanjang persidangan, isu Rohingya dicatatkan secara ringkas bahawa pemimpin-pemimpin ASEAN menganggap situasi Rohingya sebagai “malapetaka yang disesali”.

“Kami…sangat menghargai respons segera yang dibuat bagi menghantar barangan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di Utara Vietnam, kepada komuniti Bandar Marawi di Filipina, juga kepada komuniti yang terjejas di Utara Negeri Rakhine, di Myanmar,” tulis kenyataan tersebut.

Isu Rohingya tidak ada disebut di tempat-tempat lain dalam dokumen setebal 26 muka surat itu.

“Amat menjengkelkan,” kata Richard Heydarian, seorang penganalisis geopiolitik dari De La Salle University di Manila yang ditemui Aljazeera.

“Mereka diusir secara kejam oleh pasukan bersenjata negara dan kini merempat di kem-kem perlarian. Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres menyifatkan situasi ini sebagai “malapetaka besar”, kata Heydarian.

“Bagi saya, perkara terburuk yang berlaku pada ASEAN, selain krisis di Syria, krisis Rohingya juga adalah krisis kemanusiaan terbesar yang kita hadapi sekarang dalam abad ke-21 ini,” kata beliau.

Malaysia diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang hadir bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS