Sikap perkauman tiada tempat dalam Pakatan Harapan

Sikap perkauman tiada tempat dalam Pakatan Harapan

 

Pemuda AMANAH Negeri Perak menempelak kenyataan adik kepada Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamidah Osman yang memuat naik status di laman sosial Facebooknya yang berunsur rasis perkauman sempit.

Ketua Pemuda AMANAH Hasnul Zulkarnain, kenyataan tersebut bersifat rasis dan secara tidak langsung cuba mewujudkan persepsi tidak baik kepada Pakatan Harapan.

Hasnul Zulkarnain “Sifat perkauman seperti itu ujarnya, tidak sepatutnya disuarakan oleh pimpinan mahupun ahli di gabungan pembangkang ini.

“Hamizura cuba mewujudkan persepsi kononnya kaum cina cuba ‘memijak’ orang Melayu di dalam Pakatan Harapan sedangkan perkara tersebut tidak langsung wujud dan ia hanyalah paranoid semata-mata. Seperti yang diketahui Pakatan Harapan wujud dengan semangat
kesaksamaan antara satu sama lain.

“Beliau juga menyatakan Malaysia adalah bumi melayu, kami menegaskan tiada istilah seperti itu sebaliknya negara ini adalah bumi kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Tidak ada istilah rayu merayu kepada kepada mana-mana kaum,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau berkata Pakatan Harapan mendukung semangat keharmonian kaum dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa di negara ini.

Justeru beliau menolak sekeras-kerasnya unsur perkauman sempit seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional khususnya Umno.

“Umno-BN menjadikan isu perkauman sebagai senjata untuk memastikan mereka kekal berkuasa di dalam negara ini. Isu perkauman ini juga telah terjangkit kepada ‘sahabat karib’ mereka iaitu Pas yang kini turut menggunakan senjata yang sama.

“Oleh yang demikian, kami berpandangan Hamizura yang juga isteri bekas Ketua Penaja PPBM Bahagian Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar telah melanggar semangat Pakatan Harapan yang menolak sekeras-kerasnya sentimen perkauman itu,” ujarnya.

Justeru itu, AMANAH mendesak Bersatu mengenakan tindakan disiplin kepada Hamizura yang cuba menghidupkan semangat perkauman dalam Pakatan Harapan.

“Kami menasihatkan beliau kembali kepada Umno sekiranya sifat perkauman masih menebal di dalam hati dan sanubarinya.

“Ayuh, kita nyahkan semangat perkauman yang telah merosakkan keharmonian kaum di dalam negara ini. Pakatan Harapan konsisten dalam mentajdid negara dan rakyat ke arah negara yang rahmah dan hormat menghormati semasa masyarakat pelbagai bangsa dan agama,” ujarnya.

Semalam dalam status yang dimuat naik Hamizura Osman seperti yang dipetik berkata “Dalam usaha kita nak turun kan Najib… Dalam masa yg sama.. Jgn bagi cina pijak kita.. Tak perlu la nak memuji2 sang cina dikalangan kita.Cina lah yang sepatutnya merayu rayu kepada melayu….. Ini bumi Melayu….”

Status itu kemudian mendapat teguran daripada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Tariq Ismail, yang dipetik berkata, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan rasis yang dikeluarkan oleh Hamizura dalam status yang dimuat naik itu.

CATEGORIES
TAGS